27.1.10

BILA

walaupun aku dah tak berapa suka nonton sukan tenis di tv, aku merasa kagum dengan 2 pemain wanita daripada china. buat pertama kali dalam sejarah grand slam, 2 orang pemain mereka memasuki pusingan separuh akhir. mungkin china dah berjaya melahirkan pemain tenis yang bagus dan bertaraf dunia.

jika dilihat kepada sukan badminton, lee chong wei dah agak lama menduduki persada ranking pemain terbaik dunia. buat pertama kali minggu lalu, chong wei berjaya menjuarai 2 kejohanan berturut-turut. bermula di korea dan menyusul di malaysia. tapi aku rasa belum cukup pasal lin dan tak datang kedua-dua kejohanan tu. seingat aku, chong wei menang dengan lin dan di swiss open tahun lepas. yang lain, kalah belaka.

selepas chong wei, sapa lagi pemain perseorangan malaysia?

thomas cup akan datang ke malaysia pertengahan tahun ni. adakah kita akan mengekalkan label jaguh kampung atau tersungkur? kali terakhir menang, kita ada rashid dan kok keong, serta beregu razif-jalani (yang kalah masa final) dan soon kit-beng kiang (yang memenangkan malaysia). apa dah jadi dengan pemain single kebangsaan? baru-baru ni muncul beregu baru pula. adakah rexy buat kerja, manakala coach single cuma kerja?

kali terakhir kita menang thomas cup, aku hampir dihalau keluar daripada rumah sepupu aku pasal aku sengaja cucuk depa dengan menyokong indon. tapi bila point terakhir diperoleh, aku la yang paling kuat menjerit gembira.

bila lagi?

Tiada ulasan: