27.1.10

HITAM PUTIH

aku terbaca ada suatu projek mega di setiu. kononnya syarikat terbabit yang dikenali sebagai BAB(i) telahpun menyediakan laporan impak alam sekitar selaras dengan kehendak undang-undang. kononnya laporan tersebut mengesahkan tiada apa-apa impak akan berlaku kepada alam sekitar di kawasan terbabit.

projek ini membangkitkan kebimbangan nelayan-nelayan dan mereka yang bergatung hidup dengan hasil alam di kawasan itu. mereka khuatir jika projek tersebut dilaksanakan, ia akan merosakkan alam sekitar dan seterusnya mengancam sumber kehidupan mereka. anal-is-a ni betulkah? tepatkah? kedap air kah?

kalau kamu peminat sukan bolasepak terutamanya liga inggeris, setiap minggu akan dipanggil pundits dan mereka ditanya tentang keputusan perlawanan mendatang, masing-masing akan mengagak garis jaringannya. berapa banyak yang silap? ada kata liverfool menang, padahal hanya seri 0-0.

mereka akan berkata, tiada kajian saintifik dibuat. hanya tekaan mengikut kepandaian (atau kebodohan) mereka. sedangkan EIA atau laporan impak alam sekitar ini disudahkan dengan kajian terperinci berlandaskan ilmu saintifik yang sangat tinggi. semua yang terbabit adalah pakar belaka.

maka dengan sinisnya aku berkata.

duit boleh menyebabkan manusia berkata putih adalah hitam.

Tiada ulasan: