18.2.10

B4BODOH

sebelum atau sebenarnya b itu lambang kebodohan?

memang mengundang sikit kekeliruan tatkala umat malaysia bebas mencampur-adukkan bahasa penjajah (istilah politik yang betulnya- bahasa inggeris) dengan bahasa melayu (istilah politik yang betulnya - bahasa malaysia). ketika umat malaysia begitu asyik mengayakan syarikat-syarikat telekomunikasi dengan khidmat pesanan ringkas dan mencipta akronim-akronim baru.

apa kata tajuk bukan perkara utama.

tajuk bisa mengelirukan.

isinya yang penting.

di kesyahduan pagi ini dan tatkala mata masih belum mengantuk, tiada apa isi yang disajikan. melainkan rangkaian kata-kata tak bermakna, dimain-mainkan. dimomok-momokkan.

dan di dunia lain, manusia berbunuhan sesama sendiri, mewujudkan konflik atau cinta baru, melampiaskan nafsu serakah atau gigih mencari rezeki. masing-masing dalam spektra kehidupan, sama ada sedar atau tidak akan pengakhiran yang menanti.

di sini, panas siang beralih-alih diganti dingin embun.

esok pagi, kitaran kita bermula semula.

Tiada ulasan: