boleh atau tidak untuk kalian, buat seketika, pisahkan segala benda yang terjadi di negara ini daripada politik?
aku jelak. aku muak. aku meluat. aku menyampah. aku dah penat.
kamu fikir masak-masak sebelum berkata-kata.
orang nampak di sebalik kata-kata kamu. orang faham. sia-sialah kamu menghantar anak-anak watan ke luar negara atau dalam negeri untuk mengaji tinggi-tinggi. kamu liberalkan sistem pendidikan untuk mencambahkan institusi pengajian swasta. dengan harapan (alasan) untuk meningkatkan mutu pendidikan negara. dan kemudian kamu perbodohkan graduan-graduan ini. pelik? hairan? kamu yang pelik kerana hairankan yang pasti.
tiada yang lebih bebal daripada orang bodoh cuba perbodohkan orang yang lebih pandai daripadanya.
dan adalah malang orang yang pandai sedia dibodohkan oleh orang-orang bodoh semata-mata untuk menunjukkan yang dia pandai di kalangan orang-orang bodoh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan