8.2.10

IRONI

ada 1 ironi berlaku.

aplikasi web 2.0 (jadah apa ni?) menjadi kegilaan ramai kini. mereka tidak malu memuatnaik pelbagai jenis foto hatta yang nampak celah beda atau berpeluk sana-sini dengan sesiapa saja atau memegang gelas atau botol arak. yes! tak lama lagi apa yang dibuat atas katil atau bawah selimut juga akan dipaparkan untuk tontonan umum.

apa ironinya?

mereka ini juga yang berarak (selepas semalaman meneguk arak) menentang korupsi dan salah-laku politik, memperjuangkan kebebasan atau hak asasi, melaung-laungkan pentadbiran telus dan lain-lain lagi.

nampaknya budaya dan konsep perjuangan global diaplikasi bercampur-aduk jadi cerita mabuk, semabuk mereka meneguk arak dan air liur siapa-siapa setiap malam.

tahu atau tidak, penyakit anjing gila boleh merebak melalui air liur?

melalak-melalak sampai aku naik jelak.

Tiada ulasan: