19.2.10

KALAU NAK CEPAT, IKUT STAIL MAHKAMAH

orang tua-tua dahulu tak suka perbuatan yang terburu-buru. sapa yang kalut mesti kena marah. dipesannya, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.

tapi adalah tak fesyenebel (aku isytihar perkataan ini wujud mengikut ejaan aku dan akan menghantar memorandum ke dewan bahasa pustaka agar perkataan ini diiktiraf sebagai sahih) untuk perlahan-lahan dalam setiap perbuatan.

jadinya, kalau kamu perlu modul atau contoh atau sistem, rujuk sahaja ke mahkamah kita. mereka tahu bagaimana nak mempercepatkan semuanya. mereka tahu macam mana nak submit report yang cantik-cantik kepada kepala hakim negara.

kepala hakim negara pun dengan kembang-kempis hidung akan menguar-uarkan kepada media, lihat! betapa aku berjaya mengurangkan kes di mahkamah, menjadikan kes-kes cepat diselesaikan.

Tiada ulasan: