6.3.10

LEMBAP

aku berkongsi perasaan rais yatim yang kecewa dengan karenah majlis tempatan atau lain-lain pihak berkuasa yang bertanggungjawab di dalam memberi kelulusan untuk pembinaan menara atau apa-apa infra penyaluran jalur lebar.

apa taknya.

bayar RM90 sebulan tapi akhirnya pasang wifi dan curi pakai line kedai di bawah sana. nak harapkan wimax? macam menunggu buah yang tak gugur atau kucing bertanduk. yang palatnya, tengah sedap-sedap mencari video atau lagu di tiub kamu, tiba-tiba koneksyen hilang. rupanya kedai di bawah dah tutup.

apa lobang!

tadi si isteri bercerita, ada produk baru oleh maxis. lagi murah daripada yang lama dengan kelajuan yang memberangsangkan (walaupun aku langsung tak terangsang dengar cerita tu pasal syarikat-syarikat pemberi khidmat jalur lebar ni torak je lebih).

apa barang!

akhir-akhir ni asyik empangan, tahi dan rogol.

vokabulari aku dah makin lemah.

sangat terhad penggunaan perkataan.

masa aku temubual (ke temuramah atau temuduga???) tadi, dia sound aku, apa pasal muka nampak tegang? mahu je aku jawab pasal tengok kau tak lawa la. kalau lawa, pasti benda lain yang tegang. wahhhh .... perkara-perkara yang tegang dan menegangkan tak elok dicerita panjang lebar di sini. ini adalah blog mesra alam, mesra budak-budak belum akil baligh dan mendapat rating U.

menceceh le pula malam ni.

kalau ikut kebiasaan (yang aku jadikan luar biasa sejak 3 bulan lepas), patutnya aku sedang lepak dengan rakan-rakan di seksyen 7 shah alam. tapi hari ni ni aku sangat tak larat.

aku nak tidur.

sebelum tidur jangan lupa tutup tingkap, kunci pintu dan tutup semua suis yang tak diguna (ini adalah pesanan penaja aku setiap kali dia tidur di putrajaya).

Tiada ulasan: