23.4.10

EVOLUSI (BUKAN KL DRIFT)

masa aku kebosanan dan mati kutu semalam dan masih lapar selepas makan maggi sebungkus, member aku teks mesej mengumpat. cis! tak hormat malam jumaat langsung. so, untuk keluar dari kebiasaan join mengumpat, aku tukar taktik. aku balas dan teks dia menggunakan bahasa teks yang paling popular di malaysia skang, eh ... sekarang.

maka kitaorang berdua jadi sangat trendy semalam, berbalas-balas sms.

aku jadi macam orang gila. bukan takat sengih dah, tapi gelak sorang diri.

aku tak faham macamana depa yang gunakan bahasa tu setiap minit dan jam dan hari dan selagi masa berjalan tak rasa benda tu lawak.

ok .... mungkin aku dah tua dan ada jurang generasi.

mungkin abah aku dulu meluat dengar kita orang sebut lu, gua, brader dan tah pehapa istilah lagi.

bhsa nmpknya cam bruk gak, ada evlusi. bruk jd mnsia, mnsia yg gnakn bhsa ni plak be2kar jd bruk kmbli.

jangan marah......

Tiada ulasan: