13.4.10

HAIYA

masa aku darjah lima, guru kelas panggil aku. dia suruh aku form team bolasepak kelas. secara unofficialnya, akulah kapten team bolasepak kelas aku.

ada 1 mamat mencebik pada aku. tak tau le, meluat ke dengki. pasal dia ni memang terer main bola. kalau dibandingkan dengan zidane, sikit lagi dia menang (zidane sewaktu berusia 4-5 tahun la).

nampaknya orang melayu (iaitu dia) sewaktu kecik lagi dah ada perasaan hasad dengki dan iri hati.

nampaknya orang melayu (iaitu aku) masa kecik dah pandai riak dan poyo.

sifat-sifat ini perlu dibendung demi memastikan bangsa melayu menjadi suatu bangsa yang berdaya saing tinggi, mampu maju jauh ke hadapan dan tidak terperangkap dalam norma-norma yang negatif.

amacam?

nak pilih aku di hulu selangor atau sibu?

Tiada ulasan: