17.4.10

KALAU SEKEJAP RUGI, LAMA BELUM TENTU BERUNTUNG

sampai bila aku boleh bertahan?

kawan sekantor cuma beri aku 2 minggu. aku rasa cukup kalau selepas 2 minggu aku mati. tapi aku tak mau mati lagi.

ada orang pergi bercuti. takkan kot? perjalanan spiritual manakan sama dengan bercuti di rome, london, bali atau bangkok? apa pengisian semasa bercuti? kelak pulang ke tanahair, agak aku tiada perubahan.

ada yang berkata, niat menentukan matlamat.

ada yang sanggah. kata mereka matlamat menentukan niat.

aku bukan lebih suci daripada kamu. tiada siapa boleh jamin balasan baik untuk aku dan sengsara untuk kamu. aku tak ingin hakimi kamu. cuma hati yang jahat akan berkata dan mengata. makanya, aku cuma mampu mohon ampun. meminta hati jangan jahat lagi.

Tiada ulasan: