16.4.10

KERJA SAMPAI BILA TAK ABIS BUKAN MACAM NYAWA

jam 3.30 pagi.

baru selesai kerja terakhir untuk malam (pagi hari jumaat) ni. wah ... rajinnya? bukan rajin tetapi tuntutan kerja. kalau rajin, rabu dulu dah patut siap.

bekerja di rumah time macam ni memang best. tak ada gangguan telefon, bos panggil meeting, member ajak sembang, staf tanya dan mengadu itu ini, sign itu ini dan macam-macam kacau ganggu lagi.

tapi bolehkah memilih suasana kerja yang ideal begitu?

soho?

belum masa. ada agenda yang belum terlaksana. ada janji yang belum dilunas. tunggulah dulu.

sejauh mana kereta dipandu laju, akhirnya berhenti juga di trafik light atau RnR (bukan rock n roll, kau moron!).

so, apa nak kecoh-kecoh.

jangan jadi macam mamat di kaunter, baru kerani perangai dah macam firaun. eh .... marah lagi?

Tiada ulasan: