12.4.10

MODE MALAS

jika aku seorang transformer, maka aku sudah mampus dikerjakan musuh aku.

aku gagal transform ke mode yang sepatutnya di kantor. aku overwhelmed dengan bebanan kerja yang menimbun dan aku memilih jalan paling senang, biarkan semua atas meja dan dalam troli. i live to fight another day. huhuhu ....

orang akan kata macam-macam. ada yang positif dan ada yang negatif, biarkan. tak luak dek jasad dan rohani aku.

aku rasa pelik. di bumi di mana rokok dilarang/diharamkan dijual, perokok-perokok tegar termasuk aku bebas merokok di mana-mana sahaja. sedangkan di tanahair tumpah darahku, rokok bebas dijual merata-rata tetapi banyak kawasan larangan merokok diwujudkan. 2 dunia dengan ironi masing-masing.

nak buat lagu mana?

manusia memang sebal. adakah ini dugaan tuhan? hahahaha...

you figure it out yourself.

Tiada ulasan: