11.4.10

RAMBLING 2

pasca sedar (atau tidak).

aku pelik bila faktor kelemahan, kesilapan, kemandoman dan lain-lain sifat negatif manusia yang mengakibatkan masalah tidak dianggap dugaan atau bala dari TUHAN.

apa dugaan itu mesti direct?

seperti tsunami? gempa bumi? letusan gunung berapi? taufan? kemarau? banjir? epidemik?

boleh tak kau anggap gilanya adolf hitler itu bukan suatu bencana atau bala?

manusia tak mampu melakukan sesuatu tanpa izin TUHAN. termasuk kebodohan, kesilapan, kemalasan dan lain-lain sifat negatif yang membawa keburukan kepada manusia lain.

ini bukan alasan untuk menyalahkan TUHAN.

sebaliknya untuk memberhentikan mulut manusia yang celupar sementelahan berada di tempat-tempat yang patut beradab sopan dan tawadhuk. redha dan tawakal. apalah gunanya wang kau yang banyak bila kuasa TUHAN mengatasi kesombongan dan kekayaan duniawi kau itu.

penyerahan mutlak adalah pengakuan bahawa manusia itu hanya makhluk ciptaan dan ada TUHAN YANG ESA yang wajib disembah.

Tiada ulasan: