post mortem?
nahhhh .... buang masa.
mata masih tak mahu lelap walau badan rasa penat. nampaknya masih belum dapat adjust time, gara-gara melayan game pagi semalam. untuk pertama kalinya sejak bertahun-tahun, aku tutup tv sebelum referee tiup wisel penamat. the sense of defeat terlalu berat even sebelum game bermula dan walau setelah leading 3-0 at one time. aku macam tau, something yang buruk akan berlaku. true enough, it happened. lamenting? tidak ... kecewa? tidak ....
aku terlalu tua untuk merasa terkilan dengan hajat yang tak sampai. berapa banyak lagi kekecewaan yang aku nak layan tatkala ajal makin dekat? buat apa nak susah hati over something yang aku tak boleh kontrol? penerimaan dan redha adalah lebih baik. nothing last forever, baik atau buruk.
mungkin ada yang menangis, aku cuma senyum.
hahaha ... football is not life, too trivial untuk meremukkan hati aku.
tanpa prasangka kepada kata-kata di atas, aku akan tetap cintakan manchester united. kalah atau menang, itu adat bermain.
orang kata apa guna bermain kalau kalah? selamilah diri dan jiwa, fahami sebenar konsep kehidupan. mungkin kau akan tahu dan faham. terimalah.....
jangan hidup dalam utopia atau denial.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan