14.5.10

MAK BEDAH PENYIASAT MEMBUAT BEDAH SIASAT

aku rasa aku dah bebas daripada kolonialisme.

hati aku pedih dan sakit bila malaysia kalah 3-0 di tangan china, tak pula aku rasa sedih dan sakit sebegini tatkala man utd gagal pertahan bpl.

nampaknya tak sempat tengok panglima bermain.

aku rasa ada konfusyen di stadium putra tadi.

ramai yang bersorak "c'mon cina, u can do it!", "don't worry apek, we can still win!".

makanya pemain republik china mendapat suntikan semangat yang amat tinggi sedangkan pemain malaysia semuanya dowh ... eh, down kerana menyangkakan peristiwa menentang jepang berulang lagi.

apatah lagi koo kien keat mana reti cakap orang putih, cakap melayu pelat dia retilah. dia tak faham jeritan fans, opss.... penyokong malaysia tu.

nampaknya datuk seri najib tun razak kena mulakan subjek 1malaysia di peringkat tabika lagi.

nampaknya gomen kena menciritkan bahasa malaysia dan mendaulatkan bahasa inggeris.


Tiada ulasan: