28.6.10

THE BATTLES RAGE ON

mula-mula uruguay, kemudian ghana. menyusul ialah jermang dan argentina.

daripada 4 , aku cuma tonton 2. yang pukul 10.

suarez yang mahal gila babi skor 2 biji. second gol tu memang kelaslah. makanya, baliklah korea selatan ke negara mereka dengan hampa. you did what you could tapi tak mencukupi.

bangun pagi buka tv, ghana kalahkan amerika 2-1 selepas tambahan masa. didn't bother to catch up the goals. match ni memang aku tak minat.

semalam selepas huha dan bising sana sini, nampaknya majoriti yang buat bising terkedu. itulah aku dah bilang, kamu jangan nak ulang-ulang 1966. atau berasa superior berbanding pasukan lain yang jauh lebih gemilang. 46 tahun tu bai! hentikanlah. jermang bermain macam mesin yang efisyen dan lancar. mampos inglan kena bom, 4 biji tu!

aku buka tv pagi tadi, argentina belasah mehiko 3-1. dan komplen yang terlalu biasa didengar, officials buta fasal tak nampak tevez offside. what's new? tak nak pakai teknologi, bukan alasan untuk berbulu.

malam ni oranje akan bertarung dengan slovakia, yang telah dilabel sebagai giant slayer. italy giant? podah!

paginya pre tournament favourite, brazil bertemu chile. brazil ni barulah boleh dipanggil favourite fasal dari tahun 1958 sehingga kini, dah champions 5 kali. tak pernah gagal ke world cup setiap edisi. barulah sejarah yang betul betul betul.

Tiada ulasan: