14.7.10

PENAT LA

dalam kalut mengejar masa dan impian (atau lebih tepat dilabelkan sebagai mimpi), aku menjadi sangat kalut dan penat. ada juga kerana terpaksa...apa-apa saja yang melibatkan kerja (atau mungkin lebih tepat dilabel sebagai amanah atau tanggung jawab).

aku teringat kata-kata abang PPI dulu, amanah yang tak dilaksanakan boleh menyebabkan aku disoal kelak. alamak!

mungkin pace aku dan masa dah tak seiring sekarang. aku jadi lembap dan banyak songel. tak efisyen macam keretapi laju jepun. ah, persetankan, laju atau pelan adalah relatif.

segala yang melibatkan relativiti atau piawaian yang diguna pakai perlu disanggah. oleh aku, pada masa ini. kerana aku sangat kalut. sedikit keliru. dan amat lelah.

Tiada ulasan: