23.3.10

UJIAN II

Banyak yang boleh dipelajari dari apa yang menimpa aku.

Soalnya, adakah aku akan belajar?

Aku mintak sangat-sangat kali ini aku akan jadi sedikit bijak. Kalau dah banyak kali kena, tak bijak jugak... Ayoyo, tak tau mau jadi apa.

Masih menunggu jenazah.

Dalam dugaan ini, banyak ada hikmah.

Aku bersedia.

UJIAN

dapat perkhabaran sedih hari ni, bertimpa-timpa.

mula-mula adik aku sms, kata atok aku masuk hospital kena heart attack. aku call pak su, katanya stabil tapi penat. aku dah lega.

tak dan 5 minit, adik aku yang baru dapat baby pramatang semalam teks aku, baby dah meninggal. aku betul-betul tak dapat tahan emosi aku.

banyak dugaan even sebelum aku memulakan pengembaraan aku esok petang.

YA ALLAH, terimalah kedatangan aku dan berilah aku keselamatan, kemudahan dan kekuatan untuk menyelesaikan segala urusan aku di rumahMU.

BREAK

this is it.

tomorrow, the journey begins. you guys won't be hearing anything for 2 weeks. i hope everything goes well. i can only pray but prepared to accept any kind of situation that awaits me.

hopefully, i get what i want and have the courage to cling to it.

adios.

22.3.10

DOA

aku dapat anak menakan jantan tengahari tadi.

doktor bilang kat parents dia, 25% je peluang untuk survive. kalau hidup pun, mungkin ada kekangan dah besar nanti. the thing is, dia tak sabar nak keluar. baru 6 bulan dalam rahim mama dia.

adik aku dah down, bini dia lagi la. aku dah mati akal tak tau nak cakap apa. aku cuma suruh doa je la, jangan putus asa. the fact that baby tu masih hidup menunjukkan dia ada semangat juang. so, parents pun kena kuatla.

ini adalah ujian yang menimpa keluarga aku. walau tak direct, aku terasa juga.

dan aku akan berdoa banyak-banyak.

KAH KAH KAH

badi tu akhirnya berjaya disemah.

bila bermain 11 orang di atas padang, baru depa tau langit tinggi atau rendah.

minit ke 5 depa mendabik dada, minit ke 95, depa rebah.

aku ketawa berdekah-dekah.

mesej aku semua tak diendah.

mungkin semua naik atas katil dan tidur sudah.

khoitttt ptuiiiii .... aku ludah.

21.3.10

PERASAN

putrajaya tak sama macam subang jaya time macam ni. sunyi sepi. tenang dan aman.

manchester city tak akan sama macam manchester united sampai bila-bila. gah mahsyur. tersohor dan gemilang.

katalah apa saja mahumu aduhai katik argentine.

siapa rasa rendah di man utd, tak layak memakai jersi keramat itu. makanya tidak salah kesemua warganya berasa tinggi diri.

dan kamu, ya kalian .... berenak-enaklah tidur di atas wang arab, yang mimpinya setinggi si dungu rusia. ingin membeli kejayaan secara ekspres.

jawapnya tersungkur di dalam jamban.

20.3.10

PLASTIK

mari membaca 1malaysia dah ada duta.

namanya datuk michelle yeoh.

woo hoo .....

kenapa tak lantik tokoh-tokoh sastrawan, cendikiawan atau ilmuan?

inkah mesej subtle yang nak disampaikan? look up dan idolakan celebrities yang hidup dalam kepura-puraan ini? rasa macam pelik pun ada, jelik pun ada.

apesal la suka sangat pendekatan yang bodoh begini?

plastik dan spastik.

EM

m
a
l
a
s.

ok kot kalau begitu di hari minggu.

pemerintah bagi cuti untuk recaj, riadah, libur dan lain-lain di luar perkara-perkara membabitkan kantor. apa fasal kau masih nak sibuk-sibuk ni?

3 projek terbengkalai.

m
a
s
a
k.

kalau tak siap.

KETAWA

berkata sang poser kepada poser yang lain "akulah the real thing".

mencebeklah si poser yang 1 lagi sambil menunjuk middle finger.

dan aku yang duduk di tepi hanya ketawa dalam hati (orang yang murni jiwanya never laugh to someone's face). adakah aku seorang poser juga kerana cuba berlagak cool? yes i am. no i'm not. yes i am jika aku ketawakan kebodohon mereka. no i'm not kalau aku ketawakan diri sendiri kerana itu adalah refleksi diri.

adui.

orang kata reality bites.

hakikat itu memedihkan.

yang penting kamu tahu siapa kamu dan ke mana arah kamu.

kalau sesat, bertanya. kalau letih, berehat. kalau sakit, makan ubat.

kalau dah ajal, bye bye.

PODAH

akan digegar dunia, katanya.

biar berantakan segala isi pelusuk bumi, gerun dan gentar dengan bahana tercipta.

maka aku berkata, alangkah bodohnya aduhai dikau sang antagonis. kenapa mahu berlaku onar dan memporak-perandakan marga? kuat benar dikau wahai sang bongkak?

dia hanya tersenyum sinis. menusuk lubang jantung aku, menyebabkan darah aku berhenti dipam ke seluruh jasad.

damn! aku berbahasa inggeris.

dia garu kepala, jadah apa yang kau ucapkan?

kalau ikut bahasa kampung kau, haram jadah.

dia ketawa mengekek-ngekek. mengejek.

podahhhhhh....

19.3.10

CARI

abang aku suka. katanya boleh pergi madrid (yakni menonton perlawanan akhir di madrid melalui pancaran siaran langsung di kaca tv).

aku pun kata dalam hati (adik tak boleh kurang ajar dengan abang, berdosa, masuk neraka - senangkan masuk neraka?) kalau begitu mudah nak ke madrid dengan hanya menengok di atas kertas, aku nak pohon jawatan tun alex.

dan dalam mamai (aku pantang duduk di atas sofa empuk kantor, nescaya aku akan tertidur) aku nampak kelibat hargreaves menyepak bola melambung keluar stadium. dia dah kembali? hanya ilusi atau fantasi?

duduk seorang diri di kantor, cuba memerah otak mengeluarkan idea tapi akhirnya ke blog juga aku. semalam aku cabut lari jam 9.50 penangan cakap besar tetapi beraninya tipis macam paper tosai setinggi klcc.

kiraanturun - 4 hari lagi.

nak ke mana?

cari jalan keluar dari laluan ke neraka.

SUDAH

dan aku mengira langkah-langkah dalam arah menuju neraka.

kau senyum apahal?

yakin sangat masuk syurga?

ada orang marah bila melayu berdakwah, ditekankan hanya syurga dan neraka.

kenapa perlu sijil halal dari jakim sahaja? apa status sijil halal dari siam atau australia? kata kawan, orang islam paling alim ialah mereka yang di malaysia. betul?

tak susah kan?

bukan senang jugak?

kalau kau rasa mengupas durian tu senang, senanglah.

kalau kau rasa mengupas limau tu susah, susahlah.

apa nak susah-susah pikir?

18.3.10

MASALAH?

tahun ni saja, setakat bulan mac, aku dah atau akan hilang 7 pekerja. 1 rekod untuk majikan aku.

cepat membesar, cepat juga mengecil.

adakah aku gerun? tak kot.

adakah aku ralat? sikit-sikit.

adakah aku penat? sangattttt.

adakah aku akan ikut jejak mereka? tak.

so, apa masalah?

LAYAN

aku sembang dengan seorang achi di kompleks jalan duta tadi.

mengomel tentang kerja dan stress yang melanda. mengomel tentang mengejar fee tak berbayar dan pasaran yang malap. tentang orang yang meminta gaji bukan-bukan dan entah macam-macam hal lagi.

berjumpa teman yang dalam kesusahan namun raut muka nampak cool gila. sembang-sembang tentang kawan-kawan lama yang dah tak tahu di mana dan menghilang. kawan-kawan boleh hilang? ya, macam biskut chipsmore.

rata-rata dalam profesion aku, ramai yang dah lelah. ramai yang dah sesak nafas. ramai yang dah lemas.

aku?

layan je .....

17.3.10

SEKO LAH

kalau kau nonton cerita panglima bujang lapok, ingatkah akan dikau suatu babak di mana ramli, ajis dan sudin berdiri di hadapan sebuah bangunan? lalu berkata lah sudin dengan tahap konfiden yang maha tinggi, ini sarkis. banyak cerita sarkis malam ni ek?

sebenarnya, apa yang hendak aku celotehkan ialah para ahli sarkis kini boleh sambung seko lah tanpa perlu meletakkan jawatan atau melepaskan keahlian partai politik mereka. bagi mereka yang pernah berseko lah tinggi dahulu, tentu kalian masih ingat akan peruntukan AUKU yang melarang para pelajar daripada terlibat secara langsung dengan mana-mana partai politik.

aku bertepuk tangan dengan pindaan yang dimejakan di dewan sarkis. ini ada lah kerana aku berpendapat kebanyakan (jika tak kesemua) ahli sarkis perlu berseko lah semula. mereka perlu disekolahkan kerana mempunyai minda dan badan yang tidak cergas atau cerdas (kecuali bung yang aku yakin amat cergas kerana berbini baru nan montok). ada lah diharapkan mereka ini tidak malu untuk kembali ke seko lah dan belajar tinggi-tinggi supaya kelak bila berjayanya di dalam peperiksaan, mereka akan mampu berpidato dengan bernas, mempunyai akhlak yang mulia dan membuktikan kepada spr bahawa tidak lah sia-sia membelanjakan jutaan ringgit malaysia untuk mengadakan proses pilihanraya.

jangan kelaknya dah masuk seko lah, mereka ini tuang kelas, malas mengaji dan mengulang-kaji. asyik sibuk mencari bini.

sekolah paling best di malaysia ialah sekolah datuk abdul razak yang kini terletak di sungai gadut seremban negeri sembilan darul khusus malaysia.

HABIS LAH

eh ... sarkis dah datang semula?

tak tahu pula aku.

ada ke siaran secara langsung? atau menteri penerangan (yang tak terang) dah tak mahu buang wang buat liputan langsung mahupun tergendala. mana tahu, kot-kot segan nanti satu malaya nampak beruk atau kera melompat atas meja. atau pecah lobang yang diaorang tu berbahas macam budak tadika berebut patung asykar/sojar. saling ejek-mengejek fasal tiada modal atau idea nak berhujah dan berbahas.

atau nanti ada yang kantol tertidur di dalam dewan lah(saya tidak merujuk kepada sesiapa yang kuat dikaitkan dengan budaya tidur kerana saya takut disaman berjuta-juta memandangkan te lah ada saman RM49juta terhadap saya). apa dia ingat elaun dibayar untuk tidur dalam air cond kah? pasang air cond sendiri di rumah lah! kedekut kah? TNB mahu untung lah! kasi peluang mereka sebagai pemonopoli bekalan elektrik buat untung juta-juta lah. berapa punya banyak lah daaaa .....

oh ya, kalau nak tengok haiwan-haiwan sarkis yang jinak atau liar atau liar-liar jinak atau jinak-jinak liar, sila lah atau jemput lah ke dewan sarkis di atas bukit sinun. dapatkan pas kamu sekarang sebelum pas lawatan kehabisan lah. kalau kau tak tergelak, kau akan jadi meluat dan menyesal buang masa beratur 4-5 tahun sekali. pilih yang ni sa lah, ambik yang tu pun sa lah.

kalau dah serba-sa lah, mana yang betulnya? betul betul betul ... tak betul juga. eh ... sarkis kali ni berapa lama pulak? habis duit, habis masa, habis tenaga ... habis lah!!!!

SELAM KE, KELAM

apa nama binatang yang menyelam tapi tak boleh menyelam?

KD tunku abdul rahman.

apalah sangat RM3.4 billion? macam kacang yang diberi makan pada monyet dan beruk saja.

untuk buat surveillance, kita sanggup bayar RM3.4 billion. walau kita rasa selamat dengan perjanjian-perjanjian yang wujud dengan jiran tetangga. kalau tiba-tiba jiran tetangga main jahat, dibedalnya KD tunku abdul rahman, alamat selam terus ke dasar dan tak timbul-timbul dah.

perghhh.... jadi tukun termahal di dunia, boleh masuk buku rekod guinnes (sori, aku tak tau eja) tu.

ala...lagipun selat melaka bukan dalam sangat. timbulkan balik perkara enteng.

APA RAAA

ini zaman orang berhenti kerja yang ada dan buat kerja lain.

ada orang minta kerja dengan aku, dia mau RM12 ribu sebulan.

nak je aku bagitau sama dia, buka kantor sendiri la. nak makan gaji, gaji macam tu perdana menteri pun tak mahu bayar.

kelabu asap.

unta.

nanti aku bagi teropong hikmat, kau pergilah teropong lobang kerja yang bagus-bagus. tapi ... jangan teropong lobang nombor arrr ... kang nampak orang tunjuk penumbuk, lebam bijik mata.

GEMBIRA

macamana manusia boleh gembira atas kekecewaan dan kesedihan orang lain?

macam ada sesuatu yang tak betul atau tak kena.

pagi ni aku gembira.

pasal chelsea dah out daripada champions league.

15.3.10

UTAMA

lepas dapat cristiano, depa mau rooney. kalau aku, aku bagi je scholes kat depa.... nak sangat!

kamu ingat dengan membeli pemain-pemain utama dari kelab utama ini, kamu akan menjadi seperti kelab utama? mimpi!

kelab utama akan melawan kelab tak utama minggu ini.

kamu agak siapa menang? kelab tak utama lagi? takkan pasal dah menang 3 kali berturut-turut kot?

bolasepak tidak aneh. bolasepak jadi aneh jika dikuasai orang-orang aneh.

meh sini, aku sepak bola kau!

LOBANG II

muafakat membawa berkat.

itu motto untuk kaum lelaki semua. oleh itu, marilah kita sama-sama memasuki JV atau MoU yang mempunyai terma-terma yang jelas dan nyata, agar apabila disoal-siasat oleh kontraktor, kita dapat memberi jawaban yang tepat dan sama.

scenario pagi semalam sebenarnya tidak memprejudiskan aku.

tapi adalah orang lain yang menjadi mangsa tsunami. untuk kau, aku ucap selamat maju jaya. lain kali, sila roger-roger dulu ya. tak lah pechah lobang. tak lah belobang kepala.

hahahaha.

apa lobang ni?

14.3.10

ALIBI

pagi-pagi ahad aku dah disoal SB. apa cerita ni? lain kali nak berlibur malam minggu dan nak guna nama aku sebagai alibi, sound-sound la dulu. tengah mamai mana otak jalan nak menipu. lagipun nanti cerita tak konsisten, jatuhlah kredibiliti aku sebagai saksi. apa lobang sama kelas dengan umi hafilda atau drebar dsai yang nama apa tah tu?

disebabkan interogasi awal pagi, aku dah tak boleh lelap semula. eiiii .... gerammmmm. mana boleh tak cukup tidur di hari ahad ni? tak mengapa, kita buat kerja pejabat. yesssss ..... sukanya aku?????

pergh ..... banyak jugak point team fantasy aku minggu ni.

13.3.10

LOBANG

masa kecik-kecik dahulu, suka benar main konda kondi. ala yang korek lobang tu, taruk kayu pendek melintang. lepas tu sungkit dengan kayu induk.

masa kat sekolah di seremban dan taiping, member-member dah start main snooker. ala .... yang guna kayu panjang jolok bola masuk lobang. selalu gak ikut member, aku nengok je la.

dah tua-tua ni, 6-7 tahun dahulu majikan paksa main golf. pergi turun driving range dan main di course. pukul bola kasi masuk lobang.

apa lobang, main tujah bola kasi masuk lobang?

tak gemar aku main permainan sebegini. kalau tujah lobang yang satu tu, aku mau lah.

eh ... apa lobang cerita main lobang, tujah lobang ni?

jangan korek lobang untuk tampal lobang dah la.

atau main lobang yang satu lagi tu, ke mahkamah kamu karang!

MARUDHAMALAI

marudhamalai.

tajuk filem tamil malam (hingga ke pagi ini)yang aku tonton.

aku ketawa berdekah-dekah. hilang stress aku.

dalam 1 babak, sarjan polis pow pengemis. lepas tu tangkap dan masukkan pengemis dalam lokap. inspektor datang balai. pengemis bising-bising komplen kat inspektor yang dia kena pow dengan sarjan. inspektor marahkan sarjan pasal pow pengemis. sarjan bilang pada inspektor, dinner semalam yang dia belanja sedap tak. inspektor bilang sedap. sarjan bilang lagi, aku guna duit pengemis tu lah. inspektor pun kalih belakang dan marah pengemis, berani kau tuduh polis makan rasuah dalam balai polis. pengemis pun menjerit, kalau macam ni, baik korang ikut aku mengemis. hahahaha.

korupsi memang menjadikan seorang manusia itu sangat hina.

11.3.10

DAH KATA

bangun pagi, pasang tv.

mula-mula dengan taik mata masih berselepet, nampak sayup-sayup budak rambut menipis menanduk masuk.

aku gosok-gosok mata.

lepas tu nampak budak mata sepet menendang bola masuk.

aku gosok-gosok mata.

lepas tu nampak budak jahat tanduk masuk lagi.

aku dah kata.

instead of dengar deejay radio menguar-uarkan kemenangan cemerlang red devils di old trafford.

here we go ... again!

BURUK SIKU

dulu aku pernah tulis, seluruh jiwa raga kuserahkan, mintak balik.

tapi sekarang kini, di saat ini paling mutakhir, tak sampai lah hatiku nak jadi beruk siku. dalam keadaan mencengkam dan bau cekam.

dalam penat lelah, aku rasa nikmat yang lama tu sekejap-sekejap muncul. macam yang aku rasa dalam sirka 2000-2002. kepuasan guna otak dan tenaga. diperah setiap hari termasuk hari minggu atau hari libur.

dan hari ini, dalam lelah penat ini, aku rasa tak kisah mengulang semula kitaran dahulu.

dan dengan risaunya aku bagitahu hatiku, perlahan-lahan. relaks. sabar.

ok lah, tak payah pulang semua, bagi sekerat balik!

NAK, TAK NAK?

nak ke, tak nak?

rasa macam nak, tapi macam tak tahan dah. badan kalau dah penat ni, tak seronok layan. belum sempat sampai klimaks, dah lelap. rugi je.

isshhhhh ... pasal apa le depa main pagi-pagi buta ni.

ah, tak yah lah.

aku agak pagi esok dalam kereta, deejay akan bilang, man utd dah layak ke next round.

yessssss.

10.3.10

JAM

aku tengok jam. ada 12 nombor, kali dengan 2 dapat 24 jam. tidur 5 jam. main-main 5 jam. menunggu 3 jam. sembang 3 jam. stuck atau memandu di jalanraya 2 jam, makan 2 jam, rehat 2 jam, tinggal 2 jam je untuk bekerja.

tak cukup ni.

macam ni aku nak pakai jam di kiri kanan tangan. kot-kot dapat 48 jam.

whatlahhhhhh.

SPUKI?

pernah jumpa antu?

aku pernah. sewaktu jalan dalam gelap di tepi pantai jerejak. antu hisap lidah dan lain-lain lagi. perghhhh ... spuki aku cakap kau!

pernah rasa seram tatkala duduk sorang-sorang di kantor lewat malam?

aku pernah. tiba-tiba ada orang gelak di FB ... muahaha.. perghhhhh ... spuki aku cakap kau!

pernah rasa nak mati?

aku pernah. terbangun tengah pagi buta dan sesak nafas. sampai bini naik cuak dan tepuk belakang aku. dah reda, tetiba burung nak mematuk..... pergh .... spuki aku cakap kau!

ingatlah, aku bukan mencarut.

cuma serammmm .... ala-ala spuki gitu.

* masa spelling dahulu, aku selalu fail.

YA TAK YA

pengerusi sprm kata manusia kena berubah. jangan ambik rasuah tapi laporkan kepada sprm jika ada yang nak memberi rasuah. takat sembang di kedai kopi, macamana sprm nak ambik tindakan? ya tak ya.

hahahaha.

tapi bila ada badan luar buat indeks rasuah dan letak malaysia di antara negara tertinggi mengamalkan rasuah, depa tak percaya. depa kata bias. ya tak ya.

hahahaha.

rasuah bukan penyakit. rasuah adalah budaya hidup masa kini. sangat trendi dan fesyenebel. jalan mudah jadi kaya, dapat kuasa dan pengaruh. ya tak ya.

hahahaha.

tapi guru yahya lebih bahaya?

ya tak ya.

hahahaha.

dunia dunia .....

HARAPAN

if there is no hope, then its not worth pursuing.

ada kalanya berharap saja lebih. tapi jika dikaji, ditengok dan dikitai, tahulah itu hanya harapan palsu. buat apa bergantung pada suatu yang palsu, betul tak?

berharap saja tanpa usaha pun tak guna jugak kan?

harap-harap esok tak le penat sangat macam semalam dan kelmarin.

kalau dah harapan begitu, apa jadah 12 lebih tak tidur lagi ni?

bengong!

9.3.10

SEDIH

aku main FPL yakni fantasy premier league.

dalam team aku minggu ni ada insua dan kuyt. pagi tadi dalam kereta ke shah alam, aku dengar dee jay bilang liverpool kalah 0-1 dengan wigan. cilakak! tapi at the same time aku ketawa berdekah-dekah dalam hati.

memanglah hidup ini penuh dengan suka dan duka, bersilih-ganti atau mungkin datang serentak.

jadinya, kau sedih sangat ni apa hal?

KUAT

kamu tahu macama mana nak jadi bertenaga dan tak penat bekerja.

minumlah 100+ 2 tin serentak.

makanlah makjun kuat.

hisap ganja?

makan banyak-banyak vitamin.

semua salah.

its all in the mind.

PENAT

aku tak sihat. dan aku juga amat penat. dan esok (atau pagi nanti), aku akan harung 1 lagi hari yang memenatkan. sampai sekarang kini, perut aku masih buat hal.

aku ada masalah dengan ubat.

aku benci makan ubat. aku tak ada disiplin dalam pemakanan ubat. selalu tak habis dosej yang diberi doktor. begitu juga dengan supplements. banyak botol yang tertinggal atas para sampai expire dan dibuang.

buat apa buang duit makan supplements? untuk kesihatan dan kesejahteraan? ooooo ... ok.

mungkin sebab tak makan supplements le ni aku jadi tak sihat? atau pemakanan tak seimbang? atau pemakanan tak sihat?

bila tak sihat, makin bertambah penat.

ni nak makan ubat ke, supplements?

tidur la... lagi bagus.

8.3.10

SIAP

simple.

buat dan siapkan.

itu perspektif orang lain. bukan aku. yang bertungkus lumus nak siapkan. macamana nak siapkan, kau bukan tau. kau cuma tau, kena siapkan. oleh aku. bukan kau sendiri siapkan. menarik?

how i wish i am in that position.

busy with that perspective and not toiling to complete things.

tidur dulu.

esok another long day, a battle which i must win... emphatically.

7.3.10

MASA

krisis pertelagahan masa.

masa kerja dan masa cuti. masa lepak dan masa kerja. masa rehat dan masa kerja. eh .... apasal masa kerja tu sangat antagonis? dengki dengan aku ke? asyik datang mengacau ganggu aku tak mengira waktu. aku tahu, ada ketika masa bekerja, aku lepak, aku rehat. aku tahu. tapi takkanlah kau tak kasi can langsung pada aku?

ahad yang indah dan seronok.

ahad yang mendung tapi tetap panas.

ahad penghujung minggu.

ahhhhh ..... aku bukan menjerit. cuma menguap.

masa tidur dah ke?

BOSAN

sungguh seronok bangun awal di pagi ahad pasal dikejut panggilan daripada klien.

amat seronok makan pagi dengan isteri di pagi ahad, instead of brunch.

lagi seronok lepas sarapan terus buat kerja pejabat.

sapa kata hidup membosankan?

hoi! get a life!

IKLAN

aku ingin cadangkan kepada darlie untuk menggunakan mame diouf sebagai duta mereka.

bayangkan berapa juta manusia menonton man u main setiap minggu?

bayangkan berapa kali mame diouf akan menyeringai menunjukkan baris gigi dia yang putih tu?

untung .... untung ....

TAKUT

yang ditakuti dah berlaku.

owen cedera sampai ujung musim. rooney juga cedera dan tak main pagi ni. tinggal berba dan man utd main 4-5-1. aku tak berkenan. apatah lagi ada gibson dalam kesebelasan utama. apa bagus mamat ni? being irish? cissss .... obertan dalam pasukan simpanan, apa dia boleh buat kalau man u ketinggalan? buat lawak lagi la kot?

nasib man u di tempat lawan musim ni agak malang. kalah dengan burnley, liverpool, chelsea, fulham dan everton. kalau ikut tradisi dan statistik, tak jadi juara ni.

mengantuk tapi masih nak layan. mungkin dah rigged pun, aku tak peduli. masih mahu bersengkang mata. minum kopi dan hisap rokok banyak-banyak.

ahhhhh .... this is life!

6.3.10

BOOKIE

adakah kita mahu berubah ke arah teknologi atau terus menggunakan skil dan pengamatan manusia yang terhad?

tanya fifa.

tak ada gunanya guna teknologi. nanti susah bookie nak cari makan. dengan 6 mata pengadil, senang nak manipulate. kau tak percaya bookie dah kuasai bolasepak?

kau hidup era bila ni?

tapi ..... dah tahu bookie punya kerja, apa hal nak tengok bola lagi? apahal nak sokong team pujaan lagi? apahal menjerit sana sini? apahal buang duit naik kapalterbang pergi OT, emirates, anfield atau venues lain?

what can i say?

manusia yang dianugerah akal ni sememangnya bodoh cerdik.

LEMBAP

aku berkongsi perasaan rais yatim yang kecewa dengan karenah majlis tempatan atau lain-lain pihak berkuasa yang bertanggungjawab di dalam memberi kelulusan untuk pembinaan menara atau apa-apa infra penyaluran jalur lebar.

apa taknya.

bayar RM90 sebulan tapi akhirnya pasang wifi dan curi pakai line kedai di bawah sana. nak harapkan wimax? macam menunggu buah yang tak gugur atau kucing bertanduk. yang palatnya, tengah sedap-sedap mencari video atau lagu di tiub kamu, tiba-tiba koneksyen hilang. rupanya kedai di bawah dah tutup.

apa lobang!

tadi si isteri bercerita, ada produk baru oleh maxis. lagi murah daripada yang lama dengan kelajuan yang memberangsangkan (walaupun aku langsung tak terangsang dengar cerita tu pasal syarikat-syarikat pemberi khidmat jalur lebar ni torak je lebih).

apa barang!

akhir-akhir ni asyik empangan, tahi dan rogol.

vokabulari aku dah makin lemah.

sangat terhad penggunaan perkataan.

masa aku temubual (ke temuramah atau temuduga???) tadi, dia sound aku, apa pasal muka nampak tegang? mahu je aku jawab pasal tengok kau tak lawa la. kalau lawa, pasti benda lain yang tegang. wahhhh .... perkara-perkara yang tegang dan menegangkan tak elok dicerita panjang lebar di sini. ini adalah blog mesra alam, mesra budak-budak belum akil baligh dan mendapat rating U.

menceceh le pula malam ni.

kalau ikut kebiasaan (yang aku jadikan luar biasa sejak 3 bulan lepas), patutnya aku sedang lepak dengan rakan-rakan di seksyen 7 shah alam. tapi hari ni ni aku sangat tak larat.

aku nak tidur.

sebelum tidur jangan lupa tutup tingkap, kunci pintu dan tutup semua suis yang tak diguna (ini adalah pesanan penaja aku setiap kali dia tidur di putrajaya).

5.3.10

DILEMA



mana mau cari dia punya mp3 ni?

KEREN

cukup la kot.. berenti sat. dah penat.

tuhan itu maha adil dan mengetahui. bagai mendengar rintihan aku yang kesuntukan masa (kerana turut banyak membuang masa), dilewatkan rancangan aku. hasilnya aku dapat 2 hari bekerja yang penuh. patut pergi 20, aku dijangka bertolak 24 haribulan. lega sikti kot?

tatkala orang bersesak-sesak di jalanraya, aku sedang melalak (dalam hati) lagu-lagu search dan wings. ni penangan bhopal, bocin dan cilek la, mengimbau nostalgia aku dengan lagu-lagu rock kapak.

pergh... alangkah sedapnya lagu-lagu rock dahulu. keren!!!!

ANDAI KUMILIKI SEMALAM



yeah, mari menjerit di petang jumaat ini.

HAHAHA

empangan!

sangat penat.

tahi!

tak boleh tidur. makanya menonton reservoir dogs sekali lagi.

rogol!

sepanjang cerita cuma dialog. bercerita. tentang tahi dan benda. cakap cakap dan cakap. mencarut sama sendiri dan gelak. selama sejam lebih.

dan tentunya, quentin tarantino si pembuat filem.

aku hanya mampu gelak sorang-sorang.

4.3.10

FESYENEBEL

aku mungkin bodoh tapi bila dah suruh buat, buat je lah. aku dah fikir masak-masak benda tu. yang degil sangat kenapa?

sumpah!

degil tak bertempat ialah suatu yang sangat tak fesyenebel. aku tak suruh kamu jadi hamba fesyen tapi tolong buat seperti yang disuruh.

fesyen zaman sekarang ialah ekor mesti mengikut kepala. betul tak wak?

ehhhhh .... fesyenebel ke tak ni?

PANAS

walaupun hampir setiap hari hujan di belah petang, cuaca tetap panas.

sepanas hati aku.

sepanas otak aku.

menggelegak.

cepat sejukkan dengan sampoerna menthol.

sedappppp.

?

kau tak nampak ke aku tengah berlari ni?

yang dok terhegeh-hegeh betul rambut, tengok muka kat cermin, pakai lipstik apa hal?

nak kena spank?

3.3.10

CHAOS

perlu sistem?

nahhhh ... aku prefer dengan teori chaotic aku.

tak terikat dengan apa-apa peraturan yang stereotaip dan mengongkong serta rigid.

aku bukan soldadu atau polis atau mana-mana ahli pakai seragam.

kalau tak sia-sia aku menjadi rebel waktu kecik dan muda dahulu. takkan dah kertu ni, nak jadi conformist pula? tak rock dan tak sesuai.

biar jadi gampang tapi jangan jadi gam punk (isap gam + punk) atau (gam rambut untuk jadi punk).

BELI

katanya fans yang kaya-raya sedang berkira-kira untuk membeli daripada kapitalis yankie.

aku rasa memang patut depa beli. ada duit. sayang kat kelab. tunggu apa lagi? pelaburan yang bagus, disertai passion mesti berjaya buat duit.

harapnya, it has nothing to do dengan sentimen nasionalis yang sempit. terimalah betapa dunia telah mengecil dan sempadan-sempadan fizikal yang dilukis di atas peta dunia telah terkangkang luas untuk dicabul sesiapa yang terlebih jantan.

JAUH DIRINDU



pagi ni aku pop balad sikit.

2.3.10

TIME

tak cukup masa untuk siapkan kerja tapi ada cukup masa untuk update blog.

time to push the panic button?

sorry, i don't have time for it.

PAKEJ EKONOMI BARU

4 surat daripada polis menyatakan ada saman keluar atas nama aku atas kesalahan trafik yang pelbagai (kereta milik dan dipandu oleh orang lain yang hanya guna nama aku).

jika aku tak bayar, nama aku akan disenarai hitam.

eh ... kalau aku nak celen?

ini adalah pakej stimulus ekonomi datuk seri najib tun razak untuk menjana dan merangsang ekonomi negara yang makin malap?

IKAN

30% bekalan bukanlah suatu jumlah yang besar, sangat minimal impaknya.

oh well, aku cuma makan telur ayam dan roti.

siang hari makanan bergoreng yang tiada ikan.

apa masalah?

MASA

timbunan kertas-kertas menenggelamkan aku.

masa menjadi infiniti dan tak berkuasa lagi mengikat aku.

masa adalah teman dan musuh aku.

1.3.10

ALIEN

skang nie bnyk na biter psl pltik kat suatkaba.

koang jgn ttipu ar. derang sume carik mkn dgn pltik. jgn campur ar. bia jek derang kecoh2. kita buat keje kite je. jgn amek pduli.

koang skong pun bkn dpt pe. penat je.

biar betul. berita apa ni? bahasa apa ni?

macam sial je aku baca.

ENAM JAHANAM

majikan panggil kitaorang bertiga tadi.

dia bilang mau suruh 1 lagi orang pergi.

wow!

sudah 6 orang.

masak kue teow goreng pun tak se best ni.

NGOK

kamu mungkin bertanya, apakah arah kamu?

bila aku tanya soalan yang sama pada diri sendiri, ada ka jawabannya ialah sendiri mau ingat la.

nak kena ke?

BUKAN

menongkah arus bukan tanda hero atau anti hero.

ia mungkin menunjukkan degil semata-mata. atau kebodohan.

dari 1 perspektif lain, mungkin kau amat bijak. atau seorang adiwaja.

apa-apalah.

CAWAN PERTAMA 09/10

di wembley.

buat pertama kali musim ini, devils berjaya mengalahkan villa.

bermula dengan buruk bila nemanja vidic yang aku label budak jahat memberi penalti. diserikan oleh kuda tua bernama owen sebelum dia cedera dan diganti pemain tengah form meletop, rooney. rooney meletak man u di depan masa separuh kedua sampailah wisel penamat.

dan aku bergembira.