9.6.10

SETUJU

aku tak faham kenapa ada orang membangkang perpindahan parlimen ke putra jaya.

kos RM800 milion bukanlah suatu yang wajar dipertikaikan. bayangkan betapa ramai kontraktor, sub-kontraktor, pembekal, konsultan, penghias dalaman dan lain-lain mendapat rezeki.

janganlah atas nama pembangkang, kamu bangkang semuanya.

kadang-kala kita perlu bersetuju. bukan setakat bersetuju untuk tidak bersetuju.

setuju?

7.6.10

TIUP KUAT-KUAT

aku bilang pada amoi mata kuyu " i got a job for you."

amoi macam teruja dan berkata " really... what kind of job?".

dengan penuh pengharapan aku jawab "kerja tiup."

amoi muka confused "huh???".

inilah masalah nasional. rakyat malaysia tak fasih berbahasa melayu.

this is cannot.

6.6.10

PASUKAN PILIHAN AKU




dua pasukan yang aku suka dan sokong.

dua-dua tak akan masuk final, itu tekaanku.

lagi mau sokong ka?

5.6.10

BISING BISING

oi! rumor mongers, jangan bising boleh tak?

aku dah kecur air liur tengok nama-nama yang disebut. tapi seperti musim-musim yang lazimnya, hanyalah seperti gosip majalah picisan malaysia. dulu-duu aku frustlah. sekarang, aku dah naik bosan.

jadinya, pergi cari kerja lain boleh tak?

piala dunia tak sampai seminggu lagi. pasti ada banyak kerja kosong di afrika selatan.

tapi makin tua ni, semakin kurang teruja dengan kejohanan 4 tahun sekali ni. apatah lagi kalau tengok permainan membosankan ala-ala liga super malaysia.

kau tengok kat tv, james wong bercerita sambil menitis air mata. padahal dia yang skor gol tu.

sekarang, takat peluk artis dalam swimming pool boleh la. spendar tah berapa lapis, takut kantol teleskop submarine timbul terjojol.

oi! bisinglah!

BISING

nak buang subsidi bising.

tak bagi pemadam api bising.

kapal bawa bantuan diserang bising.

orang buang/tanam bayi bising.

ini bukan negara kebajikanlah!

ini hutan belantara.

orang makan orang.

kuat jajah lemah.