26.7.10

MURAH

life is cheap.

mungkin kerana itu orang senang menjual maruah. kepada pembida tertinggi. ada pula transaksi tak babitkan ringgit malaysia. cukup dengan air liur, kata-kata manis dan peluh, serta air lendir.

whoaaaa.

memang best jadi umat akhir zaman.

macam-macam benda mengujakan dan menjelikkan.

life is cheap.

kau pergi jual kat keling botol lah.

25.7.10

BIARKAN AKU

Feed me.

Aku tengah lapar dan dahaga.

Kau memang lokek, aku benci orang kedekut. Tak habis harta kau, tak akan. Dan aku bukan hard up sangat dengan kekayaan engkau. Cuma aku mahu kau beri aku makan dan air. Itu saja. Aduhai sang bakhil.

Jadinya aku tak kan dapat apa-apa daripada kau? Expected tapi aku masih tetap sebal dan bebal. Fasal aku percaya setiap manusia akan berubah. Cuma kau lambat dan degil sangat.

Makabya, leave me alone.

ANTARA ADA DAN TIADA



adaka macam ini?

23.7.10

JUMAAT

1 pencipta, 1 mesjid, 1 imam.

Patutnya mengadap 1 kiblat.

Tapi di luar, tempat aku bertapak, safnya macam jalan di subang jaya bulatan persiaran kewajipan. Bersimpang siur, macam-macam line tak berkesinambungan. Ada mengadap tegak, ada senget sikit, ada kona baring terus. Ni lah padahnya datang lambat. Masa bentang sejadah, tak de disiplin, asal boleh.

Kalau lari 1mm, agak-agak aku yang bangang ni, mau kiblat dia orang dah menghala ke stonehenge. Bukan kaabah.

Patotlah.

21.7.10

NAK MANA SATU

huh!

nak pragmatik atau idealistik?

mahu realistik atau optimistik?

bedal saja, selagi boleh jalan, gerak. agak-agak dah stuck, pandai-pandaila melencong. takkan masih nak menonong. nanti sakit melolong, tak ada siapa nak tolong. takut macam nampak hantu jerangkung atau polong.

dalam penafian? dalam dilema? dalam konflik?

semua itu ilusi.

harapan? yes, selagi ada matahari dan bulan, ombak masih surut pasang.