14.6.10

SEMPADAN

kebebasan maklumat perlu dikekang?

apa akan jadi kalau yang disebarkan itu tak mengikut selera atau bertentangan dengan nilai-nilai? tak kiralah nilai 1, nilai 2, nilai 3 atau apa sahaja nilai, baik atau buruk.

censorship yang ditentang ini perlu atau tidak?

mereka yang pro akan kata, ini perlu dan wajar. mereka yang anti kata biar kami sendiri tentukan apa yang kami mahukan. kamu jangan poliskan kami. siapa kamu nak tentukan apa yang aku mahu dan apa yang aku tak boleh buat?

well, adik-adik.

dalam mana-mana tamadun atau belantara tidak berundang-undang, mesti ada kekangan. sama ada sedar atau di bawah sedar.

kebebasan ada had. kebebasan tidak mutlak.

siapa mahu, kena pandai cari dan kalau pandai cari, akan berjumpa.

jadinya wak, kenapa diam tak balas teks aku? kamu sedang meluncur ke?

Tiada ulasan: