11.7.10

PENENTUNYA

sebelum WC aku teka dalam post aku, 2 pasukan yang aku suka iaitu oranje dan brasil tak akan ke final. aku salah, oranje dah masuk final selepas kalahkan brasil di suku akhir. setiap kali world cup aku akan sokong brasil sebagai pilihan uno. tapi edisi ini, jatuh ke nombor dua. fasal apa? dunga.

aku tak suka dunga sejak dia jadi kapten brasil dulu lagi. dunga ialah anti thesis kepada samba brasil. mungkin aku romantik fasal oranje pun dah tak main cantik macam dulu. semua pasukan sangat pragmatik. ditinggalkan permainan tradisi dan dicampur dengan elemen-elemen baru yang dijangka dapat membawa pasukan ke mercu jaya.

van marwick tinggalkan apa yang van basten terapkan. dan hasilnya satu saja lagi langkah untuk julang piala kebanggaan dunia. walau dicemburui oleh paul oktopus dan jabulani oktopus.

bercakap pasal paul si clairvoyant, sotong kurita ini aku tengok pasti pilih tangki kanan. kamu perasan? kamu percaya tilikannya?

oranje!

Tiada ulasan: