20.1.10

FALSAFAH

kata dato' mail kepada majikan aku, dalam hidup ini mesti ada 4 benda. kerana aku tak pandai menterjemah, eloklah kiranya aku tulis terus perkataan-perkataan penjajah itu iaitu "work, play, love and prayers".

majikan aku lupa bagitau dato' mail akan falsafah tiganya iaitu (1) mulut mesti manis (2) hati mesti baik (3) kotei mesti keras.

jika dirujuk falsafah-falsafah di atas, secara keangkasaannya, manusia perlu kepada benda-benda teras yang sama. tak kira sama ada dia melayu, cina, india, mat salleh atau negrito. manusia perlu wang, isteri/suami/zuriat dan matlamat akhirat. bagi mereka yang tiada matlamat terakhir, maka dia akan cari berlazat-lazat dari dahi ke pusat dan dari pusat ke buku lali di luar ruang litup yang dibenarkan dan sahih. wak ada teori air uang. aku tak percaya, tapi aku juga tak mampu menolaknya 110% kerana yang wujud hanya 100%. sapa kata 110% dia bohong atau tak belajar matematik.

berbalik kepada perbincangan asal dan pokok, keperluan asasi manusia tidak boleh dinafikan. hanya TUHAN layak menafikan rezeki kepada seseorang di atas sifatNYA sebagai PENCIPTA. mungkin sebab itu dato' mail menyebut "prayers" atau doa. kamu ingat orang sengaja tadah tangan dan minta yang bukan-bukan. kalau kamu tak tonggang tonggek 5 kali sehari, kamu rasa layak ke nak tadah tangan minta macam-macam? kalau kamu tak mengaku seorang tu bapa kamu, bila kamu susah, kamu nak ke minta dia tolong? muka tak malu!!! hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.

"play" ni aku pelik sikit. kalau perkataan melayu yang bunyi sebutannya sama, aku tak pelik pasal aku ada 1. apa maksud "play" ni? beriadah? main sukan? main-main? aku malas nak hujah lebih lanjut, nanti takut salah isim. aku jadi gila. baiklah aku diam sahaja. terima atau tidak, kamu tak akan tahu. tapi kalau beriadah atau bersukan, memang bagus. ia akan menyihatkan tubuh badan. kalau kamu segan bersukan, hisaplah khasiat dan zat cengkih 20 kali sehari seperti aku, mesti (tak) sihat.

"love". aku dah ngepos pun pasal benda ni hari tu. cinta penting bang (agaknya lagi sedap ditulis :- cinta penting bro ..... pirah mabuk!). ada cinta monyet, cinta pandang pertama, cinta untuk nabila, cinta 3 dimensi dan banyak jenis lagi. kau pilihlah mana satu yang kamu mahu.

kerja. aku ada banyak kerja belum siap. arghhhhhhh .....

2 ulasan:

pensil pengasah berkata...

apa itu teori air uang?

TEE PEE berkata...

blog aku ratenya U, sendiri mau ingatla ... tanya le kawan baik kau yg cipta teori tu