aku dapat perkhabaran petang tadi. budak junior aku setahun di SDAR dulu meninggal dunia. innalillah ....... umur 37 tahun. bila ditanya sebab musabab, jawaban ringkas yang kuterima "kidney bro!".
aku pun tak tau sama ada aku bernasib baik atau malang kerana masih panjang umur.
orang kata bagus panjang umur pasal nanti bila dah tua sempat bertaubat. maksudnya masa muda ni marilah berjenuh bermain noda dan nista. bergelumang dengan dosa. itu interpretasi sempit dan nakal aku la.
siapa tahu yang mati muda tu lagi beruntung pasal sepanjang hidup, hanya berbuat baik dan mengejar pahala. belum sempat diuji hebat dan terjebak dengan kejijikan dunia, diambil nyawa dan kembali kepada SANG PENCIPTA. molek kan? beruntung kan?
siapa tahu dalam kesihatan tubuh badan tiba-tiba malang menimpa dan hilang kesihatan akal fikiran. apa nak jadi dengan saham-saham negatif bila tak sempat minta diampuni. nak taubat apa kalau otak dah mereng? takut kan? gerun kan? tapi masih nakal ek! nakal tak pa, jangan jahat.... ye lah kot?
kata orang, nak tahu mana-mana arwah tu beriman atau tidak, bakal menerima balasan baik atau tidak ialah pada rupa jenazah sebelum dikebumikan. aku pernah lihat jenazah paling hensem dan bercahaya. aku pernah lihat jenazah yang bagai tersenyum dan sangat tenang. sampai aku hilang rasa sedih. pasal aku yakin dalam hati, arwah dapat tempat dan balasan yang baik. aku je yang belum tentu. ish .... meremang!
jadinya, di malam jumaat ini aku sedekahkan fatihah kepada arwah.
kamu beruntung dikebumikan di pagi jumaat, hari yang mulia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan