21.1.10

NAIF

kamu pergi berperang dengan musuh-musuh yang sengaja kamu cipta. kamu kata mereka menyembunyikan pengganas-pengganas. kamu kata mereka sedang mencipta senjata pemusnah massa. macam-macam kamu kata. lalu kamu serang mereka dengan peluru-peluru berpandu yang dibedil ratusan atau ribuan batu jauhnya. atau dari kapal-kapal terbang tiada pemandu (bahasa penjajah sebut pilot, nampak sedap sikit).

kamu takluki negara-negara itu dan letak seorang dalang menjadi ketua negara yang baru. kamu letak soldadu-soldadu kamu atas alasan ingin mengawal keamanan dan memastikan kesejahteraan rakyat jelata, yang sebelum itu kamu bedil tanpa mengira kawasan umum atau pusat-pusat ketenteraan. macam tak kena je bunyinya? dan soldadu-soldadu kamu mati sia-sia. atas prinsip apa? anti pengganas? menyelamatkan dunia daripada senjata pemusnah massa? menyemarakkan demokrasi? naif, sangat naif.

kata mahathir, 9/11 adalah kerja amerika sendiri. ini bukan kerja pengganas muslim. kata muaz dalam kolumnya di malaysian insider, mahathir gila dan nyanyuk. terikut-ikut teori konspirasi michael moore yang gila. muaz berhak dengan pendapatnya sebagaimana mahathir berhak ke atas pendapatnya. tanpa niat cenderung kepada sesiapa, aku katakan mahathir memang gila dan muaz memang naif. mahathir gila, kerana itu dia mampu bertahan sebagai perdana menteri malaysia lebih 20 tahun. pasal itu parti yang kononnya amat disayangi kini menjadi macam parti tupperware, mana ada orang pergi parti tupperware dah lani? sangat ketinggalan! muaz naif kerana tulisan menghentam mahathir adalah pendapat peribadi atas dasar vendeta atau biasnya. siapa ulang basi cerita DSAI untuk menghentam mahathir, dia berbuat begitu kerana vendeta. hentamlah mahathir tanpa mengungkit isu bangang tu.

memang seronok mengatakan orang lain salah dan diri sendiri betul.

siapa kata holocaust adalah suatu kerja cemerlang gemilang dan terbilang adalah sakit nazak dan perlu mati segera. tanpa mengira ras dan agama, holocaust amat tidak betul. tetapi ia mungkin wajar dilakukan. untuk membersihkan bangsa aryan daripada cengkaman dan manipulasi yahudi. untuk memartabatkan bangsa aryan sebagai tuan di tanahair sendiri. ia mungkin bagus di dekad 30an dan 40an. kini di abad 21, ia sangat tak sesuai. kerana segala-galanya dikongkong dan dikuasai yahudi. mereka akan kata tak sesuai. tapi membedil baghdad dan kabul tak salah. itulah dianya! adakah kita senaif soldadu amerika yang menyabung nyawa di afghan dan iraq?

jika hendak tegakkan demokrasi, kita perlu berbunuhan? ala revolusi perancis beratus tahun dulu. sangat ketinggalan zaman. jika kamu jatuhkan diktator dan letak seorang badut sebagai pengganti, apakah bedanya? bagus kerana si badut akan ikut telunjuk kamu? akan membenarkan kamu membina paip saluran petrol sepanjang beribu-ribu kilometer? membina markas tentera yang strategik di bumi kamu untuk senang memerangi orang-orang seagama kamu? untuk mengawal kawasan serantau daripada bangkit memperkasakan jentera memerangi tuan kamu? iran yang menjadi tumpuan selepas itu masih terus gagah menunjukkan degil mereka. kamu sangka sang imperialis tak gerun? kamu silap. pertubuhan bangsa-bangsa bersatu diguna sebagai jentera meneruskan tekanan politik. cuba dibuat embargo ekonomi. kamu fikir iran akan alah? kamu silap.

jangan naif. imperialisme moden tidak seperti zaman portugis menakluki melaka. bukan sama seperti belanda mengambil alih melaka daripada benggali putih. penjajahan moden melibatkan peperangan dayus, propaganda murahan, meracuni minda dengan dogma-dogma palsu, penekanan kapitalisma, penyuburan hiburan, penukaran silabus pendidikan, penguasaan politik dan lain-lain cara yang halus dan cerdik. kalau tidak masakan richard si hati singa boleh berkata ratusan tahun dahulu "kamu tak akan menang berperang dengan orang-orang yang tak takut mati."

tak akan ada perang sabil yang baru. buat masa ini. tapi mereka lupa janji TUHAN. suatu hari nanti akan meletus juga perang yang satu lagi. mereka degil dengan ketentuanNYA yang suatu hari nanti mereka akan kecundang juga.

tunggulah, kalau tak tiba, mungkin kamu bernasib baik. kerana kamu tak akan tahu, kamu akan berada di pihak sebelah mana.

Tiada ulasan: