minggu ni, hari ahad to be precised, berkunjunglah red devils ke pejabat pasukan meriam buluh terbesar di dunia. jangkaan aku, man utd akan buktikan kemenangan di OT tempohari bukanlah suatu fluke.
sok sek sok sek dah berbunyi. gendang perang dah dipalu. peminat kedua-dua pasukan dah excited nak tengok siapa yang akan kena. aku rasa the gooners tak tidur malam dah ni, mungkin ada yang mengigau dan meracau-racau. kasihan!
kalau dulu diaby menjaringkan gol sendiri (dengan cara tersendiri) yang paling cun musim ni, prediction aku, man utd menang mutlak dengan jaringan pemain sendiri. tanpa ehsan (atau kebodohan atau kecuaian atau kemarusan) pemain lawan. walaupun FA Inggeris cuba menolong team meriam buloh dengan menggantung ferdinand 4 perlawanan.
dan selepas tu, adik aku pasti tak akan sms atau call aku kurang-kurang 2 minggu. aman hidup aku dari melayan angan-angan dan cakap-cakap murahan depa tu.
form nampak baik. rooney nampak tengah atas lagu (on song). nani menampakkan potensi sebagaimana yang diharapkan. aku juga bermohon agar pemain-pemain kepak man utd, sama ada di barisan pertahanan, mahupun tengah akan memperkotak-katikkan fullback team meriam buluh.
jangkaan aku : arsenal 1 (fabregas) man utd 2 (wayne rooney 2 biji).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan