kalau kamu tanya siapa ahli sukan yang terhebat dewasa ini, dengan pantas aku menjawab roger federer. mungkin ramai akan kata tiger woods la, lionel messi la, eh .... kau apa hal kata steven gerrard? mabuk apa?
pasal apa aku bilang federer, bukan woods? ia tiada kena-mengena dengan pendedahan skandal seks woods. shhhh .... (sebenarnya ya). orang kata kisah peribadi jangan dicampur dengan kehebatan woods di ranjang .... eh, padang. apa aku kisah! nak jadi idola kena le tunjuk contoh teladan yang baik, di dalam dan di luar bilik tidur ..... wei, sasul lagi. maksud aku padang.
dewasa ini, manusia tak peduli dah sama ada individu tu kaki perempuan, kaki laki (apply kepada wanita dan lelaki), kaki botol atau kaki dadah. yang penting, dia ada sesuatu yang bagus dan menarik. contohnya :-
tiger woods - pandai swing kotei ... eh, kayu golf. ahli sukan paling kaya di dunia dan dijangka memenangi paling banyak kejuaraan.
adrian mutu - pandai main bola dan picagari (eh, dia cucuk ke, sedut atau menggunakan aparatus yang lain? lantak kau lah!)
george best - kaki golek dan juga kaki tonggang.
dennis rodman - penuh tatu dan kaki berpoya-poya yang pandai main bola keranjang dan agaknya hebat di ranjang.
anwar ibrahim - bakal PEE m dan kaki masuk mahkamah kes sodom (ini bukan nama band metal tapi suatu perbuatan terkutuk yang dilaknati ALLAH swt).
eh .... nama last tu pesal masuk list? dia bukan ahli sukan? kira foul ni.
ala, kalau betol tohmahan dan tuduhan tu, kira ahli gusti apa? kamu lupa apa mahkamah persekutuan kata waktu lepaskan dia dulu? mahkamah bilang, beliau dilepaskan bukan kerana dia tak buat seperti yang dituduh tapi ada masalah teknikal sikit. eh... macam tu ka? sapa punya kerja ni sampai timbul masalah teknikal? bahaya.....
oleh itu peminat sukan sekalian, sebelum kamu memilih idola kamu masing-masing, fikirlah ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan