26.1.10

ROCK LAGI?

motley crue.

taiko NV suka band ni. pernah rambut ala-ala nikki six. aku mungkin suka tommy lee kot, pasal pernah tengok video klip dia dengan pamela anderson. huhuhu ... itu dulu, di zaman kegelapan. lani dah terang, paling dahsyat aku tengok cuma adegan romen-romen dalam drama melayu di tv. tapi kalau kau pernah tonton konsert motley crue, tommy lee punya pukulan gendang kira ok gak. terutamanya masa lagu red hot.

aku suka lagu red hot. pasal ada perkataan red kot. ala-ala red devils yang hot tu.

cuma satu aku tak suka pasal motley crue. cara depa dressing dan make up. macam pondan! penangan glam rock le nih.

sekarang berkumandang lagu too young too fall in love yang sumpah aku tak hafal liriknya. tapi lagu ini aku pernah tujukan kepada secret admirer aku masa rejek approach dia. cis! baru form 3 dah gatal nak bercinta. apa kes? aku nak belajar masuk universiti selepas kecewa dalam spm dan terpaksa pegi beli uniform sekolah balik. sungguh tak seronok memakai pakaian seragam dan clocked in dan clocked out 7.45 pagi hingga 1.30 setiap hari. aku nak pakai tee dan jeans! baru rock!

shout at the devil!

Tiada ulasan: