26.1.10

TEMPAYAN

kata jose mourinho, walau bermain dengan 7 orang, inter tetap akan mengalahkan milan dalam derby terbaharu mereka. cuba kamu tanya pengurus pasukan leeds yang mengalahkan man utd di dalam saingan piala FA tempohari. sudah pasti dia tak mampu mengeluarkan kenyataan yang bega dan belagak sebegitu.

kenapa?

kerana ia hanya suatu keputusan pada suatu perlawanan. bukan mencerminkan kekuatan pasukan sendiri atau kemampuan mereka bersaing di liga teratas pada kelompok pencabar liga setiap tahun dalam tempoh melebihi sedekad.

jose pernah berkata "we didn't lose, we just didn't get any point" ... sort of. semantics? denial? katalah apa sahaja tetapi dia membawa 2 kejuaraan liga kepada kelab yang dulunya perasan dengan brand sexy football atau dipenuhi bintang-bintang dari liga itali yang hampir pencen serta sangat mediocre dalam pencapaian kedudukan liga.

kamu mungkin kata, dia mampu melakukakannya kerana kekayaan abramovic. quieroz gagal di real madrid. avram gagal di chelsea. mark hughes gagal di manchester city. apa lagi?

renungkan apa seorang pengurus yang bagus boleh lakukan kepada pemain dan pasukannya.

kalau fergie pergi, dan jose ingin sertai, aku setuju.

biar detractors dan pengkritik red devils lebih angin di luar sana. dahla man utd kelab hebat, pengurusnya pulak mempunyai mulut sebesar tempayan.

Tiada ulasan: