aku mendapat khabar dari sahabat betapa rencana untuk menggunakan skim subsidi petrol yang dijangka bermula mei ini telah dibatalkan. seperti lazimnya, sebagai seorang pemalas dan tanpa usul periksa aku menganggap berita itu sebagai benar dan sahih.
dengan semoborononya aku mentertawakan mereka yang telah mencadangkan dan cuba menggarap, menyiapkan dan melaksanakan skim yang bodoh itu.
akhirnya, sepertimana lazimnya dan sepatutnya terjadi. projek tersebut akan dibatalkan.
akhirnya, dan seperti selalunya, akan timbul pelbagai penjelasan membeli jiwa ibarat mebaca skrip drama tv cap ayam yang ditayangkan di saluran rtm1.
inilah barisan kita, yang .......
kau sambunglah sendiri lirik lagu tu mengikut sesuka hati kamu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan