bekerja setiap hari is nothing new. dalam kamus pekerjaan di kuala lumpur yang penuh lumpur, ia adalah normal. siapa kata perlu rehat? dia pemalas! siapa kata tak boleh bekerja ujung minggu, dia tiada stamina.
minggu yang hebat pancarobanya dan memenatkan akan berakhir. diikuti minggu yang sama meletihkan, dan akan berulang-ulang sehingga hujung tahun. masa tak akan mati, sehingga bila-bila. kamu akan mati. mahu mati? tak mahu???? bodohlah kalau tak mahu mati.lagi bodoh kalau dah tahu akan mati, matikan hati.
semalam di putrajaya. makan, makan dan makan.
pernah jemu makan? aku pernah. pernah malas nak makan? aku selalu.
makan adalah kelangsungan hidup? makan boleh membunuh? anomali!
aku tak setuju bahawa hidup hanya untuk makan atau makan hanya untuk hidup.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan