23.2.10

MATI BERDIRI

aku sebenarnya dah belakang jadual.

janji petang khamis, siap 2 benda yang perlu aku email sebelum habis waktu pejabat. setakat sekarang kini, apa pun belum mula. kalau ikut logik, memang tak sempat. tapi aku sekarang dah tak ikut logik. ikut sedap aku je. lagi dekat dengan tarikh mati, lagi ligat otak berfikir dan idea mencurah-curah.

petang tadi lepas majikan basuh bebudak (atau mak budak dalam pejabat) dia suruh aku buat 1 surat. 35 minit siap, 5 helai panjang dengan siap quote nas-nas. aku masuk bilik dia, bagi kat tangan dia dan dengan poyonya belah turun bawah. terpinga-pinga dia tengok benda dah siap.

tengah sebok buat kerja buruh (walau aku skip 3 sesi fisio dan masih belum pulih sepenuhnya, aku buat juga kerja buruh kasap ni) untuk boost semangat mak-mak budak yang kena sembur majikan.

alamak.

esok banyak benda nak kena buat.

die standing la.

Tiada ulasan: