17.2.10

TIGA MASIH BISA

wayne rooney.

2 gol dan man utd di tempat duduk pemanduan. di san siro, kedudukan akhir man utd menang 3-2. perlawanan timbal balik di OT kelak pasti turut mendebarkan. aku tak bangun tonton pagi tadi. kerana penat. amat penat dan sengal-sengal badan. 4 hari berjalan menjerihkan badan tua aku.

kata kawan, perlawanan mendebarkan. apatah milan di depan selepas bermula 3 minit. tapi seperti yang acapkali berlaku musim ini, red devils sangat bermula perlahan. lambat panas. bila dah panas, fans lawan di dalam air cond atau bawah kipas bisa berpeluh kepanasan.

jadinya, impian masih berterusan. mengejar 3 piala.

seperti selalunya, 1 tak cukup.

Tiada ulasan: