eh ... sarkis dah datang semula?
tak tahu pula aku.
ada ke siaran secara langsung? atau menteri penerangan (yang tak terang) dah tak mahu buang wang buat liputan langsung mahupun tergendala. mana tahu, kot-kot segan nanti satu malaya nampak beruk atau kera melompat atas meja. atau pecah lobang yang diaorang tu berbahas macam budak tadika berebut patung asykar/sojar. saling ejek-mengejek fasal tiada modal atau idea nak berhujah dan berbahas.
atau nanti ada yang kantol tertidur di dalam dewan lah(saya tidak merujuk kepada sesiapa yang kuat dikaitkan dengan budaya tidur kerana saya takut disaman berjuta-juta memandangkan te lah ada saman RM49juta terhadap saya). apa dia ingat elaun dibayar untuk tidur dalam air cond kah? pasang air cond sendiri di rumah lah! kedekut kah? TNB mahu untung lah! kasi peluang mereka sebagai pemonopoli bekalan elektrik buat untung juta-juta lah. berapa punya banyak lah daaaa .....
oh ya, kalau nak tengok haiwan-haiwan sarkis yang jinak atau liar atau liar-liar jinak atau jinak-jinak liar, sila lah atau jemput lah ke dewan sarkis di atas bukit sinun. dapatkan pas kamu sekarang sebelum pas lawatan kehabisan lah. kalau kau tak tergelak, kau akan jadi meluat dan menyesal buang masa beratur 4-5 tahun sekali. pilih yang ni sa lah, ambik yang tu pun sa lah.
kalau dah serba-sa lah, mana yang betulnya? betul betul betul ... tak betul juga. eh ... sarkis kali ni berapa lama pulak? habis duit, habis masa, habis tenaga ... habis lah!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan