17.3.10

SEKO LAH

kalau kau nonton cerita panglima bujang lapok, ingatkah akan dikau suatu babak di mana ramli, ajis dan sudin berdiri di hadapan sebuah bangunan? lalu berkata lah sudin dengan tahap konfiden yang maha tinggi, ini sarkis. banyak cerita sarkis malam ni ek?

sebenarnya, apa yang hendak aku celotehkan ialah para ahli sarkis kini boleh sambung seko lah tanpa perlu meletakkan jawatan atau melepaskan keahlian partai politik mereka. bagi mereka yang pernah berseko lah tinggi dahulu, tentu kalian masih ingat akan peruntukan AUKU yang melarang para pelajar daripada terlibat secara langsung dengan mana-mana partai politik.

aku bertepuk tangan dengan pindaan yang dimejakan di dewan sarkis. ini ada lah kerana aku berpendapat kebanyakan (jika tak kesemua) ahli sarkis perlu berseko lah semula. mereka perlu disekolahkan kerana mempunyai minda dan badan yang tidak cergas atau cerdas (kecuali bung yang aku yakin amat cergas kerana berbini baru nan montok). ada lah diharapkan mereka ini tidak malu untuk kembali ke seko lah dan belajar tinggi-tinggi supaya kelak bila berjayanya di dalam peperiksaan, mereka akan mampu berpidato dengan bernas, mempunyai akhlak yang mulia dan membuktikan kepada spr bahawa tidak lah sia-sia membelanjakan jutaan ringgit malaysia untuk mengadakan proses pilihanraya.

jangan kelaknya dah masuk seko lah, mereka ini tuang kelas, malas mengaji dan mengulang-kaji. asyik sibuk mencari bini.

sekolah paling best di malaysia ialah sekolah datuk abdul razak yang kini terletak di sungai gadut seremban negeri sembilan darul khusus malaysia.

Tiada ulasan: