20.3.10

PODAH

akan digegar dunia, katanya.

biar berantakan segala isi pelusuk bumi, gerun dan gentar dengan bahana tercipta.

maka aku berkata, alangkah bodohnya aduhai dikau sang antagonis. kenapa mahu berlaku onar dan memporak-perandakan marga? kuat benar dikau wahai sang bongkak?

dia hanya tersenyum sinis. menusuk lubang jantung aku, menyebabkan darah aku berhenti dipam ke seluruh jasad.

damn! aku berbahasa inggeris.

dia garu kepala, jadah apa yang kau ucapkan?

kalau ikut bahasa kampung kau, haram jadah.

dia ketawa mengekek-ngekek. mengejek.

podahhhhhh....

Tiada ulasan: