11.52 malam dan aku di ofis, menyabung nasib daripada gangguan hantu ofis. gara-gara buat kerja last minit. jam 10 malam tadi baru nak menyemak dokumen dan baru perasan, tak cukup copies. benda start jam 9.00 pagi esok di putra jaya dan memang tak ada tempat nak fotostat. dengan berat hati, berat kaki dan berat badan, capai kunci kereta dan mengarah ke kl.
dataran merdeka penuh dengan kereta dan motor. apa bikin? esok tak kerja ka? balik le wei! atau pi tengok bolasepak.
team taska dari arsenal dibelasah team corot wigan 3-2. wigan yang di belakang 0-2 dan perlawanan berbaki berbelas minit membuat kebangkitan dan menjaringkan 3 gol. penjaga gol arsenal yang baru nak belajar a b c terkedu. gol nombor isnain memang salah dia. gol lagi 2 tu, buffon combined dengan casillas belum tentu dapat save.
hai.... (bukan mengeluh tapi takjub).
aku tak boleh menjadi pundit.
tekaan aku semua salah. ternyata man utd tetap di nombor isnain. 2 minggu selepas aku teka dipotong team taska arsenal.
kuda tua tetap berjasa dan budak muda cuma gelabah atas padang, tak reti-reti nak belajar dan ambil tauladan. hai aduhai obertan .......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan