19.4.10

TIME TRAVELLING

ada orang bertanya aku, jika mengembara masa itu bisa berlaku, ke zaman mana aku nak pergi?

banyak pilihan. semuanya aku teringin pergi, fasal aku memang minat dengan sejarah dunia dan apa yang telah berlaku sebelum ini. aku ingin merasa dan terbabit dengan peristiwa kecil atau besar yang diceritakan atau didokumentasikan.

makanya setelah berfikir panjang dan mendalam, aku nak balik ke zaman aku kecik dahulu.

tak guna aku hidup di zaman orang lain, yang mana aku tak faham budaya dan cara hidup depa.

baik aku rasakan balik nikmat aku semasa kecik, di zaman innocence aku dulu. setidak-tidaknya dapat berjumpa mama aku semula.

dah pagi buta berangan apa lagi?

Tiada ulasan: