26.7.10

MURAH

life is cheap.

mungkin kerana itu orang senang menjual maruah. kepada pembida tertinggi. ada pula transaksi tak babitkan ringgit malaysia. cukup dengan air liur, kata-kata manis dan peluh, serta air lendir.

whoaaaa.

memang best jadi umat akhir zaman.

macam-macam benda mengujakan dan menjelikkan.

life is cheap.

kau pergi jual kat keling botol lah.

25.7.10

BIARKAN AKU

Feed me.

Aku tengah lapar dan dahaga.

Kau memang lokek, aku benci orang kedekut. Tak habis harta kau, tak akan. Dan aku bukan hard up sangat dengan kekayaan engkau. Cuma aku mahu kau beri aku makan dan air. Itu saja. Aduhai sang bakhil.

Jadinya aku tak kan dapat apa-apa daripada kau? Expected tapi aku masih tetap sebal dan bebal. Fasal aku percaya setiap manusia akan berubah. Cuma kau lambat dan degil sangat.

Makabya, leave me alone.

ANTARA ADA DAN TIADA



adaka macam ini?

23.7.10

JUMAAT

1 pencipta, 1 mesjid, 1 imam.

Patutnya mengadap 1 kiblat.

Tapi di luar, tempat aku bertapak, safnya macam jalan di subang jaya bulatan persiaran kewajipan. Bersimpang siur, macam-macam line tak berkesinambungan. Ada mengadap tegak, ada senget sikit, ada kona baring terus. Ni lah padahnya datang lambat. Masa bentang sejadah, tak de disiplin, asal boleh.

Kalau lari 1mm, agak-agak aku yang bangang ni, mau kiblat dia orang dah menghala ke stonehenge. Bukan kaabah.

Patotlah.

21.7.10

NAK MANA SATU

huh!

nak pragmatik atau idealistik?

mahu realistik atau optimistik?

bedal saja, selagi boleh jalan, gerak. agak-agak dah stuck, pandai-pandaila melencong. takkan masih nak menonong. nanti sakit melolong, tak ada siapa nak tolong. takut macam nampak hantu jerangkung atau polong.

dalam penafian? dalam dilema? dalam konflik?

semua itu ilusi.

harapan? yes, selagi ada matahari dan bulan, ombak masih surut pasang.

20.7.10

APA-APA SAJALAH

hoi!

cukup sekadar kata itu, jika kau masih tak faham, aku biarkan kau dengan kebodohan dan kedegilan kau dan biarlah kau mati dalam keadaan begitu dan dibangkitkan di mahsyar juga sebegitu.

woi!

dah dilembutkan sedikit masih kau tak fahami. apakah kau ingin aku berdondang sayang atau jika dimodenkan sedikit, berbalada dengan kata-kata jiwang karat dan meleleh-leleh sampai tak cukup kotak tisu kesat air hidung.

wei.

dah la kot. penat dah aku. tak larat dah nak keep track dengan kebebalan engkau. aku give up? ya.. cepat sangat? ya .... pengalah? ya ....

apa-apa sajalah.

HAMBA

slaaf niet door de mode.

bahasa dutch.

translasi yang diberi oleh google. tak 100% tepat tetapi cukup kot memberi makna apa yang aku nak maksudkan di dalam bahasa inggeris.

eh! kenapa pakai bahasa-bahasa penjajah ni?

bukan jiwa aku kecil. tapi kita perlu global bukan? tak boleh lagi seperti katak di bawah tempurung.

global apa ke jadah yang aku cakap ni? entah....

by the way, maksud frasa di atas di dalam bahasa ibunda ialah :-

jangan diperhambakan oleh fesyen.

HARI BARU

hari moody semalam sudah berakhir.

hari ni entah apa lagi cabaran untuk aku. macam masuk cabaran camel pulak? persetankan! oh ya, aku dah beli jersi man utd yang terbaharu. sudah tentu yang cetak rompak kerana aku tiada niat dan kehendak untuk mengayakan orang amerika itu. kurang bergaya tetapi demi semangat musim baru, aku tangkap sehelai.

hari ini aku tiba lewat ke kantor. kepala aku berdenyut-denyut. badan aku dicucuk-cucuk. kalaulah ini 0.0000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000001 daripada azab neraka, takut aku nak masuk neraka. tapi, yang peliknya aku masih juga nakal dan jahil.

hari yang baru, orang yang lama. kompatibel? kalau tak kompatibel, masuk kubur la bai.

19.7.10

KOTAK

kepada bapakantor, sila jangan ganggu aku, dengan apa cara sekalipun atau untuk tujuan apa pun.

kamu buat aku berantak meluat.

jangan hambakan aku sebagaimana kau telah jadi hamba kepada fesyen.

sekali-sekala aku enggan jadi pak turut atau mat angguk. telah lama sangat, aku jadi penat.penat penat dan penat. kau faham?

dan lagu helloween berkumandang dalam kepala, terngiang di telinga. dia berkata " leave me aloneeee, i want out...."

keluar?

dari kotak masuk ke kotak dan berkotak-kotak.

damn!

WHOA

nama dia gung ho.

bapak dia suka gelak ho ho ho.

emak dia nama ho lick.

adik perempuan dia nama whore ray.

one happy family.

18.7.10

KUNCI MATI



i have reached a deadlock.

AHAD YANG TAK BEST

air turun dari langit.



air pancut dari bumi.

dan aku masih berbahang kepanasan.

sial!

SUPERHERO TERBAHARU

gila malas.

gila bosan.

gila penat.



ingat nak minta bantuan superhero terbaharu ni.

then aku sedar, ini superhero najis lah.

rumah pangsa tiada tanah liat nak menyamak, paiseh!

MALAM GILA



hair spray atau tidak, aku tak peduli.

kepala angguk, sakit tengkuk.

MENARI DALAM HUJAN

semalam ku seru dan hari ini kau tiba.

moga beroleh rahmat dan berkat bumi bertuah ini yang kontang dibakar noda.



aku belum boleh menari. tapi tibamu sangat kutunggu dengan harapan.

BERDIRI

hari melayan lagu dan video muzik.



berdiri dan melawan apa?

JAGUNG 3

jam 10.52 pagi di hari ahad sangat awal untuk aku.



kepala rasa ringan sikit.

SUATU MASA



layan.

17.7.10

SEDAP



seperti bonnie dan clyde.

umpama butch cassidy dan sundance kid.

foooooo .... best!

ini belum syurga, tapi nikmat

AGAKNYA

usah jatuh, cuma pelan-pelan kau menghilang diri.

jangan merangkak, tapi pelan-pelan kau beredar pergi.

tak perlu berontak, hanya berpeluk tubuh di tepi.

agaknya.

HUJAN

hujan.

hanya titik-titik air, lembut atau keras. tak bisa cairkan aku.

tapi aku pernah demam oleh hujan, banyak kali.

hujan.

kau tak turun hari ini? panas. bahang.

HALAL DAN HARAM



ada rokok halal dan rokok haram.

jangan tersalah pilih, nanti kena denda.

eh .... mungkin juga ke neraka.

BERSIH ITU SIHAT



kebersihan seperti kesihatan, mesti dijaga.

merokoklah di merata tempat, tapi jangan buang putung rokok merata-rata. suatu kesalahan di bawah undang-undang malaysia.

SEMPURNA



memang sempurna lah hidup fana ini.

oren dan cengkih memang sedap.

15.7.10

LEPAK

Berdua dengan sahabat.

Sembang sekejap, tunggu makanan sampai, makan. Sembang sikit-sikit. Hisap rokok. Reki persekitaran. Member tarik keluar lap top, konek guna wifi dan melungsur mukabuku.

Aku capai gajet aku, buat benda yang sama. Dia senyum, aku serius. Aku senyum, dia serius.

Hebat budaya hidup terkini.

Ah, sedap air oren ni. Aku rasa oren yang diimpot dari espana. Manis!

14.7.10

PENAT LA

dalam kalut mengejar masa dan impian (atau lebih tepat dilabelkan sebagai mimpi), aku menjadi sangat kalut dan penat. ada juga kerana terpaksa...apa-apa saja yang melibatkan kerja (atau mungkin lebih tepat dilabel sebagai amanah atau tanggung jawab).

aku teringat kata-kata abang PPI dulu, amanah yang tak dilaksanakan boleh menyebabkan aku disoal kelak. alamak!

mungkin pace aku dan masa dah tak seiring sekarang. aku jadi lembap dan banyak songel. tak efisyen macam keretapi laju jepun. ah, persetankan, laju atau pelan adalah relatif.

segala yang melibatkan relativiti atau piawaian yang diguna pakai perlu disanggah. oleh aku, pada masa ini. kerana aku sangat kalut. sedikit keliru. dan amat lelah.

12.7.10

KALAH TAPI TAK MENGAPA

finals pagi tadi aku rasa the worst pernah aku tengok. tak pernah lagi aku tonton permainan anti football yang ditunjukkan oleh pasukan oranje. kecewa siot team pilihan aku memilih game plan yang sickening macam tu.

they got talents but marwijk chose to play a robust game, trying to kill the spanish movements. gila ah! ini bukan trademark oranje. i guess they wanted to do something different. out of their traditional way of playing the game.

kalau total football diingati sebagai team yang bermain cantik tapi tak menang WC, team ini akan dikenang sebagai team yang main jahat dan kalah finals WC.

aku terima result pagi tadi, the best team, which chose to play beautiful football prevailed. aku percaya kepada falsafah ini. bukan taktikal pragmatik yang tah pehapa. yang nak menang at all cost.

aku harap persatuan bolasepak belanda akan memikir semula arah tuju team kebangsaan mereka. sometimes, to progress, you need to think of your roots.

tamatlah WC dengan anti klimaks.

tunggu 2 tahun lagi for euro pula.

11.7.10

SAAT PENENTU



janji menang eh?

THE COLOR OF INSANITY



yes it is.

PENENTUNYA

sebelum WC aku teka dalam post aku, 2 pasukan yang aku suka iaitu oranje dan brasil tak akan ke final. aku salah, oranje dah masuk final selepas kalahkan brasil di suku akhir. setiap kali world cup aku akan sokong brasil sebagai pilihan uno. tapi edisi ini, jatuh ke nombor dua. fasal apa? dunga.

aku tak suka dunga sejak dia jadi kapten brasil dulu lagi. dunga ialah anti thesis kepada samba brasil. mungkin aku romantik fasal oranje pun dah tak main cantik macam dulu. semua pasukan sangat pragmatik. ditinggalkan permainan tradisi dan dicampur dengan elemen-elemen baru yang dijangka dapat membawa pasukan ke mercu jaya.

van marwick tinggalkan apa yang van basten terapkan. dan hasilnya satu saja lagi langkah untuk julang piala kebanggaan dunia. walau dicemburui oleh paul oktopus dan jabulani oktopus.

bercakap pasal paul si clairvoyant, sotong kurita ini aku tengok pasti pilih tangki kanan. kamu perasan? kamu percaya tilikannya?

oranje!

9.7.10

IKUT

Kecoh hari ni pasal esq.

Macamana kau explain dan justify (pihak esq atau majlis fatwa), orang akan tetap kata macam-macam. Di negara aku, kalau nak ikut sangat sok sek orang, 1 benda pun tak boleh buat. Tak bermaksud aku sokong esq dan sanggah majlis fatwa atau vice versa. Aku cuma bagi contoh.

Begitu juga dengan aku. Kamu katalah apa saja, kalau aku nak, aku buatlah atau tinggalkan lah. Bukan fasal degil atau dah dicucuk hidung tapi itulah hakikat kehidupan. Ada kala ikut kepala sendiri, ada kala ikut kata hati dan ada kala, apa orang lain kata.

Jadinya, untuk pagi isnin nanti, tak perlulah kau percaya tilikan paul oktopus. Biarlah dia ramal apa saja. Takkan oranje dah kecewa?

7.7.10

MARI KE FINAL

sedang enak lena, aku terjaga. alamak!

cepat-cepat pasang tv. empangan, forlan skor dan kedudukan 1-1.

start 2nd half, nampak macam uruguay ada edge sikit. cepat tutup ruang oranje daripada bergerak.

tetapi bila referee tiup wisel penamat di minit 93 dan saat ke 25, oranje ternyata sah pemenang. 3-2.

soccer city, here we come.

6.7.10

ORANJE

kalau oranje kalah pagi nanti, berubah wajahlah blog aku.

kata owh B wan kenot B, uruguay lawan spain final nanti. tak suka betul aku dengan tilikan ini. memang nak kena ludah. tapi air liur aku kering sudah akibat banyak sangat telan air liur sejak bermulanya piala dunia.

empangan!

aku dah beli buah oren banyak-banyak nak perah buat berjaga pagi nanti.

jangan dapat oren masam sudahlah. aku hambur atas permaidani rumah aku.

konfiden? ya.

tapi bola itu bulat. sangat bulat. itulah jabulani yang dikondem ramai.

KETAT DAN SEMPIT

Distraction mengundang attraction. Jadi further distraction dan akhirnya terhasillah contraction. Ketat, sempit.

Temptation memang sukar dilawan. Daripada untuk mengorek hidung di dalam kereta sehinggalah membuat kerja tiup di dalam kereta. Ketat, sempit.

Dalam kecelaruan mencari distraction dan menahan temptation, masa aku jadi ketat dan sempit.

Empangan.