15.6.10

DUNIA

alasannya ialah untuk elakkan perjudian haram, beri lesen. daripada rakyat menyertai perjudian haram yang beri untung bermilion atau berbilion kepada taukeh judi haram. kerajaan yang kurang wang (pasal banyak sangat tabur wang) mesti kena ikut peredaran masa.

jadinya untuk bendung pelacuran yang berleluasa, ayuh kita buka perniagaan melesenkan pelacuran. kita boleh cipta sub-industri iaitu penjualan sex toys dan paraphilia, vending machine kondom dan lain-lain lagi. mungkin cara ini juga dapat mengawal penyebaran aids melalui hubungan seks menjadi lebih berkesan.

kemudian kita halalkan pula dadah. beratus tahun dahulu di china, industri candu berkembang sangat maju. sehinggakan rakyat mereka yang handal berkungfu gagal menangkis serangan mat salleh dan terpaksa tunduk kepada kuasa luar. kita buka rumah-rumah dadah. letakkan tanda halal agar penagih tidak was-was ada kedai yang hanya menjual placebo.

semua atas nama bisnes dan untung.

ayuh jadi progresif.

Tiada ulasan: