15.6.10

MENGANTUK

abang aku bilang dia sokong argentina dan brazil. pilihan ketiga, england. ada macam tak kena. serupa kau suka man utd dan liverpool dan arsenal? ish, bahaya budaya sokong team-team favourite belaka. nanti dicop glory hunter. bahaya jua menyokong team-team tradisi, nanti dicop mat tawarikh.

hari ini team yang gah dengan sukan ragbi akan lawan team negara baru (baru juga la kan?) mesti aku tertidur lagi, jadinya, tak payah tonton. selepas itu team drogba melawan team ronaldo yang tiada nani. macam menarik. dan paginya nanti, team nombor satu dunia akan menentang korea utara. adakah korea utara akan meniru jirannya dan membuat upset? untuk yang berkecuali, alangkah bagusnya.

masa kerja, aku tersenggok-senggok.

masa bola, aku terus mengeruh.

mana lebih bosan?

Tiada ulasan: