18.1.10

DOUBLE TROUBLE

siapa kenal tasyrif?

budak yang mengepos something really stupid di facebook. dan dia dah dicaj pagi tadi di petaling jaya atas tuduhan membuat komen dengan niat menganggu orang lain. gangguan perasaan? gamaknya macamana depa nak buktikan tasyrif berniat sepertimana yang dituduh?

timbul polemik sama ada apa yang diperlakukan oleh tasyrif adalah sesuatu yang merbahaya. sebahaya perbuatan manusia bodoh bangang sialan yang melontarkan molotov cocktail ke gereja-gereja itu. the comment, however innocent should not be tolerated. ptui!!!! aku tak sokong tindakan tasyrif. tapi sesiapa yang baca, sama ada kenal atau tidak akan tasyrif, akan tahu, ini bangang punya posting.

mana lebih bahaya dengan retorik-retorik orang-orang tertentu di parlimen, ketika memberi ucapan atau sewaktu temu ramah? kenapa tak ditangkap orang-orang itu kerana mereka membuat political statement, sesuatu yang jauh dari sifat-sifat innocent dan melambangkan pemikiran dan perjuangan mereka. apa yang divisikan dan ingin dicapai.

aku ingat sewaktu kecil dulu, aku akan panggil kawan aku bernama liew (budak ni terer, baru darjah 5 dah tahu apa itu "blue") babi atau kuat makan babi. pasal tu perangai macam babi. habis kuat, dia akan tunjuk penumbuk kat aku atau maki aku balik, kata melayu bodoh. tak pula dia suruh gomen tangkap aku bawah ISA. atau suruh gomen tarik balik kerakyatan aku. racist ka? social tension ka? mana ada! aku boleh panggil kawan aku dengan nama tara guna, sikit pun gunasegaran tak berarak protes sambil baling batu atau batu-bata atau bakar bendera. habis kuat, guna maki aku balik, kata melayu bodoh. eh .... bodoh sangat ke melayu? asal kena maki je, perkataan bodoh digunakan secara meluas.

aku teringat cerita uncle muru. umur dia kini lebih kurang 60an. di zamannya, budak melayu, cina dan india tak de masalah makan, minum dan tidur bersama-sama. pernah baca kampung boy, karya dato' lat? berpuluh tahun dulu, tatkala malaya baru merdeka tak ada pula masalah integrasi perkauman ni. mungkin mei 69 mengubah kita menjadi prasangka antara ras? mungkin orang-orang yang melaung memekik di parlimen menjadikan kita seperti apa yang kita ada kini?

maka double standard ini perlu segera diperbetulkan. apalah komen tasyrif ini jika dibandingkan dengan perlakuan bodoh mereka itu?

Tiada ulasan: