tiada maria sharapova dalam final australian open tahun ni. damnnnn ...... ala, dia bukan hot sangat pun. takkan desperado sangat dah? ehhh .... aku bukan minat tenis pun! main sampai 3-4 jam apa barang? tak de kerja lain nak buat ke? sukan yang memakan masa berjam-jam ni patut di ban, macam kementerian dalam negeri banned penggunaan perkataan ALLAH oleh penganut agama selain Islam.
aku terbaca di beberapa laman sesawang betapa liverpool mahukan rafa pergi. ada segelintir penyokong red devils berkehendakkan benda yang sama terhadap fergie. di zaman material dan kejayaan mutlak diutamakan, manusia tidak lagi memandang loyalty atau kejayaan silam sebagai kayu pengukur. mereka jadi kurang sabar dan terburu-buru. which can be a good thing actually. ia menghalang team daripada menjadi mediocre atau lebih teruk lagi, hampas! apa justifikasi bila season baru setengah jalan, kalah lebih dari apa yang dicapai musim lepas? team lain lebih baik? kenapa kamu tak jadi lebih baik?
tahukah mereka membuang rafa akan menjadi suatu keputusan yang amat mahal? lebih mahal daripada membina bahtera menghadapi 2012. itu hanyalah perbandingan relatif, mengambil kira kedudukan kewangan kelab dan juga nilai rafa sebenarnya. kalau ditanya aku, rafa bernilai lebih kurang 3 duit 3 kepiang sahaja. mungkin tak semahal menendang keluar fergie. agak-agak kamu, sekalipun rafa berjaya dinyahkan, siapa akan menjadi pengganti? mourinho? hiddink? rijkaard? sparky?
sedarlah kalian, team ini tidak dapat lagi diselamatkan melainkan ia melalui proses cleansing ke akar umbi. kamu kena buang co-owners yang bodoh, all coaching staff, semua scouts yang ada, hampir keseluruhan pemain sedia ada. berbanding man utd yang jika menggantikan fergie dengan king rajagopal sudah memadai. king raja akan mampu membawa man utd menjulang kejuaraan liga dengan barisan pemain yang ada (kecuali gibson, nani, owen, tosic, rio, gary, scholes yang wajar dikapal keluarkan secepat mungkin).
sukan seperti benda lain di dunia ini hanyalah peluang perniagaan yang mempunyai nilai komersil yang amat lumayan. kamu hanya ingin buat duit dengan duit yang ada. kelab kaya akan terus menguasai persada liga. kelab miskin akan terus bergasak-gasak mencipta miracles dan upset. kerana kejayaan? kejayaan apa kalau setiap season hanya mid table atau terperuk dengan relegation battle? wang, my friends, wang semata-mata.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan