19.1.10

PENING LALAT

aku tak faham situasi-situasi ini :-

a. kami akan berikan 110% ....

b. jika diberi pilihan tak menang liga kerana perbezaan gol atau kalah pertandingan akhir kalah mati melalui sepakan penalti, saya akan pilih menjuarai kedua-duanya .....

mereka ini tidak pandai ilmu hisab. mungkin dalam kelas dulu kuat tidur atau berangan nak jadi maradona. kasihan ....

c. pasukan yang bermain lebih baik tidak menang malam ini ...

d. saya tak mahu mengucapkan tahniah kepada pengurus atau para pemain. saya hanya mengucapkan tahniah kepada kelab ...

aku ludah atas kamu! kamu hidup dalam penafian. bukalah mata dan bangun dari tidur. hoi!!!!

e. saya perlu merehatkan mereka kerana mereka berlatih bersungguh-sungguh sepanjang minggu dan keletihan bermain minggu lepas ....

f. saya tidak akan menjual beliau kepada mereka, jika mereka mahu, saya akan jual virus kepada mereka .....

g. pemilik kelab memberi peruntukan untuk membeli pemain-pemain baru. tiada masalah berhubung kewangan ....

aduhai. kamu bukan ahli politik. kamu pengurus pasukan bolasepak.

h. harga pemain terlalu mahal di luar sana, gila ...

dan minggu lepas pemain yang dikatakan bernilai puluhan juta dibeli oleh shaktar donesk pada harga tak melebihi 7 juta. esok jika mahu dibeli, memanglah harganya akan mencecah puluhan juta. mahu ke tak mahu?

When the seagulls follow the trawler, it is because they think sardines will be thrown into the sea ..... aku tak faham. tapi aku minat gila mamat ni. siapa boleh menyepak kung fukan penyokong pasukan lawan????

Tiada ulasan: