19.1.10

PUTUS SUDAH KASIH SAYANG

oh penjilat anak kucing! terkejut aku dibuatnya. aku sangka tiada orang lagi di pejabat, rupanya ada makhluk lagi yang bersembunyi di belakang sana melayari laman sesawang. kamu tahu pukul berapa sekarang? baliklah .... aku mahu jimat bil elektrik pejabat. balik hoi!

kamu tahu kamu menghadapi masalah apabila berdepan dengan manusia degil. acapkali mereka ini terdiri daripada golongan yang kurang kasih sayang. ini teori (bahasa penjajah yang dimelayukan)aku. kalau seseorang itu dilimpahi nikmat cinta dan kasih sayang, dia tak akan degil bebal begitu.

aku tak punya masalah berdepan manusia degil. kerana aku juga degil. alamakkkk!!!! aku kurang kasih sayang???? pembetulan .... ralat ..... eh ......

ada bedanya degil itu? setiap benda mesti dikategorikan (kamu fikir meletak imbuhan pada perkataan inggeris yang dimelayukan suatu perbuatan hebat???) mengikut resmi dan budaya kehidupan manusia akhir zama. manusia yang degil walaupun degil itu salah dan benda yang disuruh lakukan adalah betul. itu kurang kasih sayang. tapi jika disuruh buat salah dan dia degil melakukan, itu terlebih kasih sayang. aku tergolong dalam kategori kedua. aku sangat menyayangi dan disayangi.

aku disuruh baca twitter. kamu tahu yang dato' seri rais yatim sekarang teruk dikutuk oleh marga twitter. aku gelak. hoi... budak belakang, tutup (apakah perkataan melayu untuk switch off) komputer and berambus balik. nak melayar, balik rumah dan cari wifi spot lah. aku bagi komputer untuk kau bekerja. ish, budak-budak sekarang, kuat benar main internet.

kamu lihat betapa teknologi telah disalah-guna? salahkah rais memberi komen tentang penggunaan internet. dah tentu salah!!!!! pasal dia dari parti yang salah, menjawat jawatan yang salah dan memilih karier yang salah. celaka kamu rais yatim!!!! aku ludah atas kamu.

Tiada ulasan: