dah lama tak bermain dengan budak kecik. maksud aku 4 tahun ke bawah. kalau dah lebih umur tu, tak fun.
teringat zaman-zaman mengasuh adik-adik termasuk mencebuk bontot serta menyuap makanan. adik-adik yang manja lani nak bersembang 3 bulan sekali dengan aku pun payah. bak kata arwah abah, adik kena kontek abang, bukan terbalik kot. aku amal prinsip tu. korang tak call aku, bolayan. kecuali peminat tegar meriam buluh yang pasti tak akan lepas dari sakatan aku. nasibla kan, sapa suruh sokong team bukan-bukan. for the record, arwah abah aku juga penyokong arsenal. tapi pastinya bukan di zaman george graham atau arsene wenger.
kalau nak ikutkan, anak-anak sepupu aku ramai lagi dalam kategori tu. tapi aku ni mana reti layan bebudak kecik gunakan bahasa inggeris. al maklum, budak kampung cakap melayu saja sampai lani. nak cakap inggeris mahu terbelit lidah. ishhhhh ... mana bisa anak melayu tak bisa berbicara dalam bahasa ibunda. krisis identiti? anjakan paradigma?
adik aku pernah tanya depan arwah abah "pashal ape muyut bau busyuk ni" nasib baik dia tak tau tu bau rokok, kalau tidak kantol aku. dengan tenang setenang air yang disangka tiada buaya, aku jawab "pasai tak gosot (perhatikan betapa tebainya loghat kampung aku) gigi la...". "ooooooo ..." selamat....
sekarang kau pun dah pandai hisap rokok ya? cisssss.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan