2.2.10

PART II

sodomy II bermula esok.

aduhai. sesak lagi le kompleks mahkamah jalan duta. pagi tadi gara-gara takut disaman polis, aku park di martrade dan berjalan kaki. masa balik, penuh kereta di gigi jalan dan polis yang ramai-ramai tu tak buat apa-apa pun. lahhhh .... dok mengangkang tengah panas je ke? baik pergi tangkap penjenayah daripada tidak berbuat apa-apa. aku nak cadangkan agar mereka ini ditangkap kerana berkumpul tanpa permit. nak kata bertugas, dok melangut tu kerja apa?

sodom tak best. sodomy pun tak best. kes sodomy lagi tak best. yang tertuduh dan mangsa dua-dua sangat-mangat tak best. habis tu, yang korang berbondong-bondong ke mahkamah menyesakkan jalan dan ruang buat apa? apa yang korang dapat? nak sorak reformasi??? dah basiiiii .... nak sokong anwar ibrahim??? dia sentiasa at war. buat apa nak sokong???? oh ya, aku lupa ... kalau takut kalah, jangan berjuang. lawan tetap lawan ...... makkal sakti!!!! ptui!!!!!

yennadei!!!

aku adipek kamu semua. tak kira tua atau muda. tak pasal-pasal aku kena keluar awal supaya dapat parkir dan tak payah menapak jauh-jauh. kamu tahu tak hidup aku dah jadi susah? sungguh tak patut kalian berbuat demikian kepada aku kerana aku tiada sebarang kes dengan kalian. kalau marah nyamuk, gunalah bygone. jangan dibakar kelambu itu.

Tiada ulasan: