21.1.10

KONDEM

yaaaa....

semakin menarik dan tertarik. ingatkan orang islam je pengganas, rupanya bukan islam pun pengganas jugak. depa pi cuba bakar 2 surau di muar. kalau betul-beturl terer dan tereris, pi bakar ibupejabat dan ibu pusat parti melayu terbesar di malaya di pwtc la. takat bakar surau menda ah?

cakap pasal bakar ni, teringat aku masa spm 21 tahun dulu.

punyala jahil pasal malam tu habis aku bakar buku-buku aku di belakang blok d. macam adolf hitler le pulak, membakar buku ilmiah ni. api menjulang setinggi tingkat 2. saspen gak aku, terus ambil pemadam api dan cuba padamkan api yang marak tu. dah dapat idea bangang lain pulak, habis pemadam api keliling sekolah kita orang korbankan. bangang!

dah abis pemadam api, jadi bosan. fikir apa lagi yang seronok dan menyeronokkan. naik kelas tingkatan 1 kat blok pentadbiran dan conteng papan hitam dengan lilin. bukan nak jadi vandalist tapi bagi alasan kepada sekolah untuk menukar papan hitam yang baru. kedekut sangat! nak tulis dengan kapur pun dah tak melekat, punyala dhaif papan hitam tu.

balik d8 bosan balik. mana taknya. patutnya masa tu kitaorang dah merdeka. tapi disebabkan berlaku peristiwa soalan BM bocor, kena la ambik sekali lagi keesokan harinya. bengang! bayangkan perasaan mat pid yang dah hafal dan tulis balik setiap perkataan untuk ringkasan karangan. penat dan sia-sia. hancur luluh harapan dia nak skor kertas BM.

standard la. malam terakhir apa kelas tidur? apatah lagi esoknya tamatlah riwayat kitaorang sebagai budak sekolah. angan-angan aku, tahun hadapan masuk universiti. pegi kelas pakai tee dan jeans. barula rock! tak yah lagi kilatkan kasut hitam, pakai talileher menyanyi kat dewan besar, ada pemeriksaan mengejut dan lain-lain tindakan mengongkong.

kalau nak diikutkan. bilik d8 ni universal. tak terbatas kepada gang ragbi ragban, geng bandana dan tahpehapa gang lagi. gang aku pakai tee coreng askar. so, bebudak yang 2-3 tahun lepas yang suka benor pakai tee atau seluar celoreng, korang ketinggalan zaman la.

dah... dah ... aku tak mau sambung cerita tragis yang berlaku selepas azan subuh. dah la tak solat subuh, pegi buat kerja mungkar pulak tu. bodoh betul!

nampaknya aku dah terkeluar tajuk.

mari kita mengondem perbuatan membakar rumah-rumah ibadat ni. kondem kondem kondem .....

1 ulasan:

pensil pengasah berkata...

tereris mmg terer