siapa minat guns & roses pasti mengenali pemain gitar utamanya bernama slash. malam ini aku tuduh dia ciplak gaya encik pang ah man. guru fizik masa aku tingkatan 4 dan guru matematik moden aku tingkatan 5 yang juga pandai bermain gitar. gaya meletak sepuntung rokok di bibir sambil memetik gitar adalah ciptaan guru pang. tak malu betul slash!
guru pang jugalah orangnya yang telah memusnahkan impian aku bila aku percaya sungguh-sungguh pada kata-katanya. encik pang berfatwa, pemain bolasepak di malaysia tiada masa masa depan di negara tercinta ini. begitu teruknya keadaan bolasepak negara masa tu sampaikan mr pang boleh menyimpulkan sebegitu. sebaik selesai berkata sedemikian, darjat aku telah dinaikkan dan aku diminta berdiri di atas kerusi. sungguh indah pemandangan kelas 5 sina dari sudut aku berdiri dan mahu tidak mahu, aku tak mampu melelapkan mata. rugi masa tidur aku pagi tu.
orang tuduh bangsa cina ni tak akan tolong bangsa melayu. kamu silap. ini adalah perbuatan generalization yang bias. bukti aku ialah guru matematik tambahan tingkatan 5 aku. encik goh lian kee telah memaksa aku memasuki kelas tuisyen free nya pada setiap petang rabu. mana ada guru melayu yang buat kelas tuisyen masa prep petang? malangnya, aku tak pernah sempat berterima kasih kepada dia. mungkin pasal aku gagal dengan cemerlang dalam subjek tu. masih berangan nak jadi arkitek? apa dayaku, aku percaya kata-kata pang ah man, main bola tadak future.
kalau tidak aku percaya jersi nombor 4 red devils akan menjadi milik aku. anak melayu pertama menjadi pemain kelab liga inggeris. aku akan dapat anugerah membawa gelaran tan sri, paling koman dato seri. dan 1 jalan di sitiawan akan diberi nama aku. perghhh, famous macam park ji sung di korea tu. dan aku juga yakin, aku akan menjadi pemain pertama yang mematah riukkan kaki fernando torres yang perasan jambu tu. matila kau!
jadinya di malam jumaat yang mulia ini, instead of membaca yasin, aku sedang sibuk mencari lagu-lagu GNR pula. bodoh!
4 ulasan:
once a sdarian always a sdarian! ko batch mane bro? godek2 profile ko xdpt plak nk cam ko ni sape~ huhu~
from Jawe 00'4
aku 859 bro
ptot la~ otai gler nih... mr goh ngan mr pang still ade lg smpi aku form 5~ skang ni aku xtau la citer derg ade lg ke x kat sdar...
Catat Ulasan