31.5.10

NOKTAH

.

TORAK JE LEBIH

dalam hikayat melayu lama, kononnya berkatalah hero yang sangat hebat itu "takkan melayu hilang di dunia."

hikayat ini juga meriwayatkan betapa hero yang sangat hebat itu mencampak taming sari ke dalam sungai dan menghilangkan diri.

nah!!!!

jika dia melayu, dia takkan hilang begitu sahaja daripada dunia yang fana ini.

konklusi :-

1. hang tuah adalah hang too ah, seorang cina yang datang bersama-sama puteri hang li po atau

2. hang tuah hanya tahi lembu dengan kata-kata yang kononnya sangat berkuasa itu.

RAMBU RAMBA

katanya kalau nak sihat tubuh badan dan akal fikiran :-

a. bersenam 15 minit sehari atau

b. banyak membaca dan banyak bersenggama.

mana 1 pilihan kau?

apa?

makan jamu?

cis, kaedah percuma ada, mau dibelanjakan uang jugak.

oh ya.

ada 4 kanak-kanak makan tanah selama seminggu fasal terlalu dhaif.

rakyat diutamakan, malaysia buleh!

CITT

__ __
(oo)


oink oink .....

tepi ... tepi .... benda haram (jadah) nak lalu......

BILA LAGI?

kalau boleh (cuma tak mahu atau takut melakukan), nak saja aku tinggalkan semua ini.

kepura-puraan atas dasar (kononnya) mencari sesuap nasi.

segala-galanya bercampur dan aku tahu. aku accomplice (kenapa ianya kedengaran lebih cool berbanding rakan subahat?).

dan dia berkata : that's ok cos so are you.

memomokkan. sinis.

30.5.10

ADIWIRA HIDUP DALAM KAMU


awatnya layan lagu mellow lani?

PENYULUH LAMPU


entah apa fasal suka lagu ni.

MARI KE RIBAKU

1 juta komputer riba.

macam projek lain-lain kah?

wow! ada jutawan maggi mi tersenyum lebar.

GANGSTER

hong kong ada young and dangerous.

jepun ada crows zero.

kita ada terer from rawang.

siapa nak filemkan?

ULANG-ULANG

kau tempur, lawan, perang untuk takluki.

bila dah ditawan, timbul penentangan yang lain pula.

dan itulah suatu kitaran yang ganas dan menyakitkan.

28.5.10

BANKRAP

bertahun-tahun dah, tak bankrap pun.

teringat kata-kata tan sri M bee selangor yang gagap : kalau tak pandai cari duit, cari jalan cut cost dan jimat-cermat.

well folks, siap sedia dengan kenaikan harga tak lama lagi.

jangan risau, kita ini kan didahulukan ..... (dengan bebanan).

AWAS

kepala kantor mahu pindah ke solaris-dutamas tahun hadapan.

kutipan aku ini tahun nazak, tak macam tahun yang lepas. kalau dulu, jalan kepak dan dada terbukak, sekarang tunduk saja. tuhan dah kata, jangan riak.

aku malas nak pindah.

takkan aku seorang diri tinggal di kantor lama?

ada orang bilang, kalau was-was, jangan buat.

27.5.10

RUGI

rupa-rupanya sampai malam marah aku berbaki.

tak boleh balik lagi ni.

nanti berkocoh dengan bini. masing-masing mood tak baik hari ni.

rugi malam yang barakah ini.

BILA MARAH REDA, TIMBUL SAYANG?

mamat analogi telefon aku sekali lagi.

kali ni baru macam beras malaysia yang dicopkan oleh bernas.

tahupun kamu berfikir.

maaflah kalau aku terkasar. orang bilang, marah tanda sayang. tapi aku bukan gay. dan bukan sayang sangatpun kat engkau.

cuma melaksanakan kewajiban.

agak-agak engkau, bila aku boleh isu bil kedua?

AMARAH

aku rasa nak maki.

mungkin sebab kena kencing.

atau belum makan tengahari.

budak tua buat analogi macam tahi. sakit hati. merudum prestasi hari ni.

jika mu rasa logik kaedah mu itu, maka izinkan aku berkata : pergi ke neraka!

jika mu rasa pentakulan mu itu molek, biar aku menjawab : apakah rogol itu!

dan dalam amarah yang bertemali, aku nak kata lagi : jom pi makan.

26.5.10

JALUR LEBAR

muaturun di mozambique lebih laju daripada malaysia.

mana tempat negara ini?

aiseh .... di afrika sinun.

tapi aku rasa bagus juga.

nanti tak lah khalayak asyik memuaturun sahaja termasuk hasil-hasil hakcipta terpelihara dan bahan-bahan subversif seperti adegan guru, jururawat dan ulat buku.

LIMA

kita solat 5 kali sehari.

atau.

ana seluk lima-lima jari masuk dalam.

mana satu ya?

TAKUT

guru takut murid-murid.

kalau murid-murid dah berkembang maju, kenapa guru-guru mundur ke belakang?

nak kena lesenkan ni!

25.5.10

MARI OH MARI

makan kari kambing memang sedap.

orang putih kata, you are what you eat.

oooo ... padanlah!

orang melayu dulu-dulu ada kata, ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi?

ooooo .... patutlah!

tak padan, tak patut!

kita demo, kita protes!

ooooo ... sekarang zaman bisu, takut kena gantung, miss soru.

LUBANG BERLOBANG

umur 19 tahun dah hutang judi RM8juta. wow!

padanla gomen lesenkan perjudian. daripada bagi sindiket judi kaut untung tak bayar cukai, biarlah gomen kutip cukai untuk buat jalan berlubang, bangunan berlubang dan lain-lain lubang.

sampai teropong ajaib pun digunakan untuk mencari lubang nombor yang baik punya. apalah p ramlee ni, sindir lebih-lebih pulak!

eh ... apa lobang ni?

DEDAH

anwar suruh najib dedah alasan-alasan berhubung isu tanjung pagar.

kamu ni.

tak habis-habis suruh dedah sana sini.

padanla turunaik mahkamah.

banyak sangat pendedahan yang diminta.

last-last kamu yang terdedah.

SETTLE

tun lah settle dengan brunei.

datuk seri najib settle dengan singapura.

senang saja.

tun M ni kuat gaduhlah!

TUGU

nak belanja RM10juta untuk tan cheng lock?

apa jadi dengan mat kilau, tok gajah, dato bahaman, dol said, maharaja lela, ahmad boestamam, burhanudin helmi, ishak mohamad, ibrahim yaacob?

ops.... macam ada unsur-unsur ketuanan melayu?

oklah, kita buat tugu untuk samy. sesuai dengan warna tugu kebangsaan. cuma kena pakai tukang dari india. karang tak fasal-fasal orang ingat itu tugu sammy, bukan samy.

RM10juta adalah kacang bak kata bahasa penjajah yang diterjemahkan. lekat celah gigi kata orang kampung aku.

MARI KITA PERGI LONDON

haha.

dari jauh kau cakap besar ya.

mari adili aku di london.

kau ingat muka kau ada macam mat salleh, kena pergi bicara di london kah? kau momokkan orang kita di depan mat salleh. kira hebat kau ya? hebat la kot, aku nak pergi london pun tak mampu.

tadi member aku bilang naik air asia x (apa fasal dia letak x, curang je bunyi perkataan itu?) baru 2300 pergi dan balik. murah kan? padanla tony dapat CEO terbaik 2010. hairan juga aku, tahun 2010 baru masuk bulan mei, bukan kena tunggu sampai hujung tahun kah?

24.5.10

TUKANG KEBUN

siapa tengah cari tukang kebun yang bagus? yang pandai mencantas semak-samun?

pergilah gaji si samy, dia nak pencen dah tahun hadapan.

sekarang kini dia sedang seronok berlatih mencantas.

CARI SOKONGAN DAN PENYOKONG

kalau nak tambahan sokongan, bukak serban dan jubah. orang melayu sendiri tak suka tengok cara pakaian kamu yang ekstrim atau ortodoks ini.

sebaliknya kamu perlu mula pakai gelang, rantai dan seluar pendek tiga suku. rambut cacak senang nak sodok dan mencederakan perut lawan apabila bergaduh sama ada sewaktu ceramah atau bersidang di parlimen. seluar tu biar londeh nampak boxer atau lurah dubur (jaga-jaga kerana jika ia menaikkan syahwat ketua parti pakatan, kamu tanggunglah risiko dan menanggung malu mengangkat sumpah di masjid wilayah).

kamu kena dengar lagu punk, rock dan hip hop.

bicara tentang isu-isu universal dan global.

tentang kebebasan memilih apa saja, hak mutlak individu (mengatasi hak agama dan hak kenegaraan), kesamaan rata antara ras dan mengflushkan isu-isu ras ke lubang jamban, menghalalkan dan mengiktiraf hubungan kelamin pra perkahwinan agar stigma anak luar nikah dilongkangkan dan tidak timbul lagi isu bayi dibuang atau ditanam (kitaran zaman jahiliyah berulang?), menghalalkan peminuman arak agar tiada kontroversi hukuman sebat timbl lagi dan lain-lain isu agar kalian nampak trendy, masa kini dan fesyenebel.

menjelang PRU13, kamu akan menang semua kerusi. pemalas, sepet dan cakap belit semua akan undi kamu kerana kamu lagi best dari konsep 1. siapa percaya kepada konsep 1 atau ESA ini. orang suka jamak (bukan jimak, engkau moron!)

bak kata-kata encik pang ah man guru matematik moden aku, aku cuma akan berkata "aduhai MP semua, naik kerusi!!!"

bodoh macam keldai!!!

3 EKOR SINGA-SINGA

fergie kata 3 ekor singa tak akan menang piala dunia.

alah, bab ni tak payah tanya fergie. tanya budak sekolah tahun 3 pun boleh jawab.

habis tu, siapa champions?

aku yang tak percaya tahyul (dibuktikan oleh kemenangan inter minggu lepas) tak berkehendakkan membuat apa-apa ramalan.

tapi kalau layan lagu umbrella bertajuk "ramalanku benar belaka" kira kapak tak?

TAK BERANJAK

aku nak buat anjakan paradigma.

tapi sebelum tu aku kena google dulu makna paradigma.

21.5.10

INZALAGI (INI BUKAN NAMA PEMAIN BOLA ITALI)

menetap di malaysia sangat mudah mencapai inzal.

kerana banyak idea yang menyetimkan dicipta reka oleh mavericks yang berada di atas sana.

tadi aku inzal membaca cadangan melesenkan guru-guru di malaysia.

siapa kata orang melayu tak pandai meniaga?

KASIHAN

orang kata malaysia ketinggalan.

betulkah?

habis, benda-benda yang dah ketinggalan ini, kenapa hendak diikuti lagi dan diperjuangkan?

adakah ini tanda protes atau memartabatkan sifat memberontak?

ingin melawan arus (padahal mengikut arus alternatif i.e. poyo atau naif semata-mata)?

kalau aku orang putih, aku akan berkata : aku ludah atas kamu!

tapi memandangkan aku melayu yang berbudi bahasa dan bersopan-santun, aku cuma berkata : kasihan, kasihan, kasihan sebagaimana rafi menyebut dan memimik mukakan ekspresi perkataan itu.

KEKOK

kekok juga aku baca alasan yang diberi pemain-pemain badminton.

adakah babi yang dimakan oleh orang-orang korea dan republik rakyat china berbeda dengan babi yang dimakan pemain bangsa cina malaysia? mereka kalah kepada jepun fasal tak sempat membiasakan diri dengan stadium kerana pemain nigeria tak sempat tiba. bukankah itu stadium kita dan kita menjadi tuanrumah?

kekok juga aku baca alasan rafa.

adakah terlalu awal menempa kejayaan memenangi piala liga eropah menjadikan kelab bimbingannya diberi harapan menggunung yang akhirnya memakan dirinya sendiri? bukankah dia digaji untuk memecah dominasi syaitan merah, yang diselang-seli oleh pasukan biru dan meriam buluh?

kekok.

TAHYUL ITU TAK BAGUS UNTUK KEMAJUAN SAINS

aku tak percaya kepada superstition.

kalau kamu tanya aku, siapa juara champions league ini musim, maka jawaban aku ialah bayern munich.

apa fasal?

mereka mengalahkan team inggeris di separuh akhir.

sama seperti juara tahun lepas. menang separuh akhir dengan team inggeris.

siapa kata aku percaya kepada tahyul?

20.5.10

AKU ADA PART TIME JOB

aku bilang sama kawan aku. aku ada 2 profesion.

profesion utama aku ialah makan gaji di kantor waktu resmi pejabat (termasuk mencuri masa untuk mengemas-kinikan blog).

profesion sampingan aku ialah bertani.

huh? dia tanya aku, bertani macamana?

mencucuk tanam.

aku nak balik rumah mengerjakan profesion sampingan aku. kata orang, sunat membawa berkat malam ni.

PECAH LOBANG

minggu SRP tahun 1987, aku kantol pertama kali merokok. cilakak! pandai pula cikgu tu buat ujian nafas tanpa menggunakan breathalyzer (macamana nak eja woi?).

maka berdiri la 8 budak atas pentas dewan utama bagai sedang menjalani kawad cam.

cikgu tanya, siapa lagi yang menghisap rokok?

jawapan : kami je lah.

cikgu gertak, jangan tipu, nanti semua kena gantung.

jawapan : kami je lah.

cikgu gertak lagi, nanti semua tak balik masuk form 4 tahun depan.

jawapan : kami je lah.

di bilik warden, aidie jantan mentauliahkan pangkat korporal di pungkoq aku. dia ni tak belajar undang-undang kah? mana boleh rotan melebihi bahu. dia punya swing macam nak penggal orang lah!

fast forward minggu pertama form 4 1988. lokasi : bilik c2.

prefek datang kejut aku lepas off light. minta kunci locker. dia angkat laci bawah, angkat kotak rokok aku dan bawa aku ke kamar kepala prefek.

di kamar kepala prefek, ada member aku terkebil-kebil menyambut kedatangan aku. cis! kaki moncoi!

ada pepatah menyatakan : biar pecah di perut, jangan pecah di mulut.

INI BUKAN AJARAN SESAT

selepas habis ceramah munakahat, ustaz pun buka sesi soal-jawab.

bertanya seorang peserta "ustaz, apa hukum suami menjilat ..... isteri?"

ustaz terdiam sebentar. ustaz tarik nafas dan jawap dengan perlahan "hukumnya harus ........... tapi ........ rasa masinlah."

peserta kedua angkat tangan dan dengan selamba bertanya "ustaz, apa pula hukum isteri menghisap ... suami?".

kali ni ustaz terdiam lama. ustaz pejam mata. ustaz bersandar pada kerusi. ustaz menggeliat sikit. sambil tersenyum dan dengan suara yang lantang, ustaz jawab "sedappppppp tuuuuuuuu!!!!"

oooooooosssssssstaddddddddddd!!!!

PELUANG BISNES

sebelum aku berpindah keluar malaysia pada tahun 2013, aku nak bertukar angin.

mari kita ke trengganu. di sana banyak peluang bisnes.

penagih dadah teramai di malaysia tu.

HISAP DADAH (BUKAN DADA - BODOH SAMY!)

berapa banyak pusat serenti seluruh malaysia?

berapa ramai melayu yang duduk di pusat serenti? berapa ramai penghuni di kesemua pusat serenti?

uniform penghuni? dobi? dewan makan? maintenance? mencuci bangunan dan kawasan? peluang pekerjaan?

siapa kata dadah tak bagus?

penjual dan pengedar kaya raya. kontraktor dan pembekal di pusat serenti dapat bisnes.

mari suburkan lagi penggunaan dan pengedaran dadah.

demi bangsa melayu!

KAYA BUKAN SEKAYA ATAU KAYA ROTI

melepak makan di restoran jepun. orang kaya belanja makan.

kali pertama dalam hidup, aku makan ikan mentah. terasa barbarik dan kuno. tak sedap mana sangat pun.

habis makan, melepak minum kopi (mahal). sambil menghisap cerut sampai sejam, baru habis sebatang. tak sedap mana sangat pun.

orang kaya ni rupanya tak ada taste. buat benda-benda yang tak best sangat.

nasib baik aku tak kaya.

19.5.10

BUDAK (KAMBING) HITAM

one down entah berapa to go.

selamat jalan encik foster.

18.5.10

TAK LAWA SIUT!



macam haram je aku tengok.

BODOH 2

fitrah manusia tak menghalalkan apa-apa isme, dogma, konsep dan apa jua pemikiran yang lainnya.

kamu boleh baca semua buku falsafah di dunia dan merumuskan manusia itu bebas memilih jalan dan cara hidup sendiri. itu pemikiran tamak haloba dan pentingkan diri sendiri.

well, setiap orang mempunyai hak ke atas apa yang difikirkannya betul.

dan atas dasar itu, penerimaan universal yang diguna pakai ialah kita bersetuju untuk tidak bersetuju.

kalau tak setuju atas perkara pokok, itu bukan naif tapi sangat bodoh.

kalau bersetuju atas perkara bathil, sangat bingai iaitu 10 kali bodoh.

dan aku adalah manusia bodoh

bodoh.

SEJARAH UNTUK DILUPAKAN

maxis tengah promote legends bolasepak tanahair.

entah berapa ramai yang pernah tengok aru, santokh, chin aun, shukor, mokhtar (sekadar beberapa nama) main bola.

tapi apa ada pada sejarah kan? (klise sangat frasa ni).

17.5.10

TIU

mula-mula dia kata 59% je.

by the time keluar keputusan resmi dan hantu yang menang diumum dengan majoriti tipis, dia bilang 70% yang mengundi.

macam dah tembak, baru nak sedar dia guna peluru hidup. yang ditembak dah berlubang badan.

paiseh!

dia ingat orang minat ke nak buang masa? baik cari rezeki, cari wang daripada memilih hantu yang entah apa kerja dia bikin esok? entah-entah masuk dewan berlagak macam kera, hentak-hentak meja, maki sana-sini dan angkat elaun langsung keluar dewan.

aiseh!

SEPAK BOLA KAMU!

real dan city adalah contoh projek gajah putih yang sangat bagus.

nasib baik industri bolasepak malaysia kembali ke zaman dinosur. kalau tak, alamatnya menteri dan penjawat awam akan dengki dengan pemain-pemain bolasepak tanahair.

aku tengok match perak lawan pahang di channel 801. aku rasa lagi seronok menonton perlawanan bawah 18 di antara sdar dan stad di petang yang panas di stadium perbandaran seremban pada tahun 1985.

oleh itu, daripada membazir bagi berjuta-juta kepada sekolah cina yang tak mengundi kamu, lebih baik bagi kepada FAM supaya mutu gaya dan keunggulan bolasepak malaysia dapat dipertingkatkan. eh, aku lupa. FAM tak pandai buat benda-benda macam tu.

REST IN PIECES

kawan-kawan aku pernah bertekak.

seorang kata dia paling best, seorang lagi kata bukan, ada lain yang lagi best.

tengah bising-bising, member kedua cakap, ala .... mamat tu kalau ..... pun dah tak keluar air .... (aku terpaksa censored demi menjaga sensitiviti masyarakat majmuk malaysia dan tatasusila bangsa melayu).

dah mati kau ronni james dio.

16.5.10

BANYAKLAH

rm15 juta, rm5 juta dan rm1.75juta.

bunyi macam sikit. tapi banyak.

siapa kata gomen tak ada duit? tak baca ekonomi kah?

hoyei! eh ... cakap cina pulak?

MENGHAMPIRI TITIK

ramai orang wish aku.

terima kasih.

kerana kalian mengingatkan aku makin hampir ke penamat.

mana hadiah aku?

15.5.10

PERBEZAAN DI ANTARA ALIF DAN A, YA DAN Z

ada bedanya antara belief dan faith.

miracle dan fairy tale.

bukan bercakap tentang piala thomas atau FA cup.

aku bicara tentang hidup yang akan mati.

atau yang telah mati semasa hidup.

TAK HABIS-HABIS LAGI

aku rasa frasa "menyemai semangat" yang digunakan semalam oleh komentator saluran 801 tak sesuai.

badminton permainan yang sangat pantas.

tak sempat jadi benih, dah habis dowh.

nampaknya semua orang ingin menjadi seperti hasbul(shit) lah awang.

sori tuan haji, aku melawak bangang pagi-pagi sabtu.

masih pedih dengan ketewasan semalam.

14.5.10

MAK BEDAH PENYIASAT MEMBUAT BEDAH SIASAT

aku rasa aku dah bebas daripada kolonialisme.

hati aku pedih dan sakit bila malaysia kalah 3-0 di tangan china, tak pula aku rasa sedih dan sakit sebegini tatkala man utd gagal pertahan bpl.

nampaknya tak sempat tengok panglima bermain.

aku rasa ada konfusyen di stadium putra tadi.

ramai yang bersorak "c'mon cina, u can do it!", "don't worry apek, we can still win!".

makanya pemain republik china mendapat suntikan semangat yang amat tinggi sedangkan pemain malaysia semuanya dowh ... eh, down kerana menyangkakan peristiwa menentang jepang berulang lagi.

apatah lagi koo kien keat mana reti cakap orang putih, cakap melayu pelat dia retilah. dia tak faham jeritan fans, opss.... penyokong malaysia tu.

nampaknya datuk seri najib tun razak kena mulakan subjek 1malaysia di peringkat tabika lagi.

nampaknya gomen kena menciritkan bahasa malaysia dan mendaulatkan bahasa inggeris.


SAKIT TELUR AKU

kurang asam!

ada orang teks aku.

cina China 2 cina Malaysia 0.

haha.

tak 1malaysia langsung!

13.5.10

RUGI RUGI

cost overrun melebihi RM1B.

aku tak faham binatang apakah cost overrun, tapi RM1B? kerugian dijangka melebihi RM900M.

apakah gilanya ini?

bagi kat sukan badminton, nescaya jadi juara piala thomas dah. boleh bagi setiap pemain sebidang tanah.

sesak-sesak esok boleh jual buat modal meniaga jual kereta, sama ada terpakai, baru ataupun recon.

EMPANGAN

form lagi penting daripada substance.

adalah cool dan gempak nampak smart tapi otak dan jiwa kosong.

adalah bedebah jika nampak serabai walau otak dan jiwa berisi.

empangan!

ALASAN KOT

aku tahu apa fasal malaysia kalah dengan jepang 2 hari sudah.

depa tu pakai tee nampak ketiak. sekor-sekor tak pakai deodorant, bau tengit wei!

tak macam budak-budak AF. dahla dapat tengok jojo tab dance, dapat anti perspirant adidas free pulak tu. tahan 24 jam lah!

eh..... aku tukar channel masa jantung sakitlah.

12.5.10

TAKUT POCONG

jantung aku dah tak kuat.

baik aku tutup televisyen.

silap-silap kang, orang tutup badan aku dengan kain kapan.

BIAR LUNCAI TERJUN DENGAN LABU-LABUNYA

aku nak cadangkan kepada gomen hentikan segala bentuk ganjaran, dana atau apa juga bantuan kepada semua badan sukan di malaysia, tanah air dan tumpah darahku.

kerana nila setitik, rosak susu 1 belanga.

tak payah buang wang lagi.

cipta 1 masyarakat yang fanatik pasukan luar negara sahaja dah mencukupi.

biar kita jadi generasi couch potato.

gemuk dan malas.

poyo dan bedebah.

biar ahlil sukan tak dapat cari makwe artis atau dapat offer shooting majalah mangga atau lain-lain majalah bobrok. biar depa tak merasa terjun swimming pool dengan artis yang pakai 2 piece bikini.

NEGARA MATAHARI TERBIT

kalah 2-3 bukan perkara pelik.

malaysia boleh!!!!!

nampak? betapa patriotiknya aku....

11.5.10

MAAF TU APA?

mohon maaf tak akan mengubah apa-apa.

tapi ia menunjukkan admission of guilt dan remorse. ia menunjukkan sincerity untuk berdamai.

mahukah mereka memohon maaf?

ini malaysia lah.

walaupun mantranya "malaysia boleh", ada juga benda yang tak dibolehkan dan tak boleh berlaku.

10.5.10

HATTRICK

depa dah dapat hatrick.

cuma kali ni ada justifikasi kot. stray bullet sama macam stray dog ke? stray dog tak ada tuan, tapi stray bullet ada tuan yang lepaskan. so .... justified kah?

seperti episod yang pertama, apabila anda terlihat ada aksi cemas melibatkan polis, anda harus tahu dan pintar membuat keputusan untuk bertindak dengan tepat.

adalah tidak molek terus memandu laju bila dikejar polis. adalah tidak elok merempit. adalah bahaya menonton adegan tembak-menembak kerana anggota polis kita bukan pelakon hollywood.

tahun ini boleh digelar tahun polis.

depa mendapat liputan dan publisiti meluas.

kalau macam ni berterusan, kosmo dan metro tak boleh cari makan.

cepat cari berita lain yang lebih sensasi.

TUTUP TIRAI

tamatlah musim 09-10.

gobok cuma diisi 1 piala.

ada yang kecewa, aku rasa biasa.

tahniah buat the blues.

tunggu piala dunia.

9.5.10

SUKAN MALAM NI

menang 5-0 tu.

apa????? walk over??? aiseh!

bookie kata man utd champ????

aiseh!

ini lawak cilaka ni!

YANG TAK BOLEH TENGGELAM, AKAN TENGGELAM JUGA

depa kata titanic is unsinkable.

dan semalam ada orang kata, we need the continuity. keep the faith.

well, sejarah menunjukkan manusia hanya pandai berkata-kata dan menabur janji.

lebih 1500 jadi mayat beku.

berapa tahun lagi nak tukar borneo jadi macam kl atau putrajaya?

bagi aku, regardless spesi orang utan atau bunga rafflesia yang ada, mereka sama dengan pemilik titanic.

matibeku la kita!

8.5.10

PEMUDA PEMUDI ITU HARAPAN BANGSA

aku rasa undang-undang curfew untuk remaja keluar malam adalah perlu.

aku takut menjelang 2020 nanti, habis semua muda-mudi mati ditembak polis.

nasib baik la puak-puak ni bila menembak tak secekap pelakon-pelakon hollywood.

kalau tak, lagi cepat pemuda pemudi harapan bangsa ni pupus.



ANTI APA NAMA

kasihan budak-budak sekolah.

dahulu dengan 7 kupang, aku dapat sekotak rokok 7 batang. tahanla 2 hari.

sekarang kini, 7 kupang dapat sebatang je kot. nak kena tong-tong lagi.

tapi perokok tetap bertambah. dah merebak ke kaum hawa.

aku lupa.

kempen anti rokok sama dengan kempen perangi dadah.

suam-suam kuku.

nak bancuh air milo tak sedap, minum lepas main bola pun tak best.

SUAP MASA MAKAN

patutlah makin bebal dan bangang.

kuat sangat makan lembu. dah tu disuap ke mulut pakai tangan kiri.

tangan kiri untuk mencebuk pungkoq lepas berak.

tapi makan suap lebih buruk daripada suap dengan tangan kiri masa makan.

DEMO KASI, KAWE AMBEK

nasib baik tak mati.

baru pulang dari sektor 7 shah alam jam 3 pagi.

agaknya semua orang dah tidur.

aku yang terkebil-kebil tak tahu nak buat menda. baca le apa yang patut. tersampai melintas satu berita.

apa barang depa ni? kata nak rampas gomen. bukan sini ada pilihantu raya ke? wa kill rakyat atau ADUNan dipilih oleh rakyat untuk membentuk gomen. apa lobang asyik-asyik nak cuba coup de tat ni?


7.5.10

MALAYSIA MEMANG BOLEH

sempena malaysia menjadi tuanrumah pertandingan piala thomas, semangat patriotik rakyat jelata dibangkitkan dengan pelbagai promosi sejak bulan lalu.

kita dah dihidangkan dengan acara mengundi pornstar jadi presiden parti.

kita dah mengadap acara memilih hantu di dalam pilihantu raya.

kita sedang teruja dengan acara menembak kereta.

kita dah membaca acara mencuri kereta.

dan kini acara mengurung raja.

pergh ... mesti menanglah tahun ni.

Malaysia bulehhhhhhh!

JANGAN MALU, SILA-SILA

selama ni pun memang dah makan duit tax rokok dan arak dan judi toto serta magnum.

buat je lah.

jangan malu-malu.


MANANYA SANG DEWATA

depa doa kepada dewa liga bpl, jadilah keajaiban di stamford bridge dan chelski terpeleot.

depa tak tau dewa liga bpl sedang memadu asmara dengan dewinya di afrika selatan sambil melancung dan menjual permainan.

mungkin kalau di TT uang sekontena, dewa liga bpl akan melaksanakan saktinya dan berlakulah magis.

6.5.10

NAK NAK

nak berbakti kepada bangsa negara dan agama?

nak kebenaran?

nak keadilan?

tak perlu jadi ahlil politik kan?

BUKAN-BUKAN

orang tua-tua bilang, nak melentur buluh biar dari rebung.

aku tambah sikit, yang nak melentur tu kena tahu cara-caranya.

mudah bukan?

bukan.

membuat undang-undang itu dan ini.

menyediakan pasukan pemantau atau penguatkuasaan.

bukan.

bukan mudah?


KERETA PUNYA CERITA

kes tembak kereta tak reda, kereta ketua polis pulak kena curi.


5.5.10

X FILE

kadang-kadang kebenaran yang dicari mencipta tipu daya dan muslihat.

dikejar beberapa biji motosikal, dikejar polis, ditembak polis barang 15 biji peluru, mayat kawan berlubang kepala terkulai di peha, kereta menghentam tembok, digasak oleh barang 4-5 anggota polis tapi masih sempat melarikan diri.

atau.

cuba gostan untuk langgar polis dan ada parang dalam kereta.

ini kes, marudhamalai pun tak boleh kasi selesai.

aku tak sokong sesiapa.

nak kebenaran?

ia ada di luar sana, seperti kata-kata mulder kepada scully.



GELAK SEDIKIT ADALAH UBAT, TERLEBIH GELAK ADALAH PENYAKIT

aku tak perlu adik atau amoi manis genit gedik atau seksi di kantor.

aku cuma perlu 2-3 mamat kepala bengong yang boleh buat aku gelak setiap hari.

aku bukan gay.

i just need to amuse myself.

walau dengan menggelakkan kebodohan diri sendiri.

BALA BULI BOLA

teruk lah korang, pembuli!

teruk lah awak, pengadil yang tak adil! tak lindung goalie saya yang tangan rama-rama dan sedang jalani diet tongkat ali, ginseng dan ginko biloba.

aku baca komentar manager kelab bolasepak ka, guru besar taska?

PENJUAL YANG KENA JUAL

kata majikan, kau mesti ada soul.

(dalam hati).

nasib baik masa sekolah dulu aku tak pakai tee "i sold my soul to rock n roll".

(masih dalam hati).

sold!

sapa kena jual ni?

4.5.10

SOALAN TIGA KUPANG

antara aku yang jahil dengan orang alim yang menyalah-gunakan ilmu, siapa dulu masuk neraka?

rakyat malaysia sangat kompetitif apatah lagi untuk mendapat hadiah atau barang percuma.adakah ini termasuk perlumbaan meniti siratul mustaqeem dan melihat siapa dahulu jatuh ke dalam jahannam?

empangan!

soalan ini sangat mencabar minda aku.

MARI MIGRASI RAMAI-RAMAI

jika umur panjang, aku bercadang untuk migrasi pada atau sebelum tahun 2021.

bangunan paip bocor tak mengapa, hanya lantai banjir.

tapi kalau loji nuklear bocor, amalawakek! mampus ....

MENULIS SAMA BAGUS DENGAN MEMBACA

aku kagum dengan skil si penulis surat yang itu.

tak payah buang duit banyak-banyak hantar team ke luar negara untuk bicara di mahkamah dunia.

hanya dengan surat boleh selesaikan pertindanan tuntutan wilayah negara. dengan surat!

itulah gunanya punya skil menulis yang bagus, seperti kata pujangga : pena lagi tajam daripada pedang.

SUATU MASA DULU DI GREENTOWN

kau ingat lagi tak? masa kita main bola guna bola tenis dan kita berkung fu gara-gara tak puas hati kau takek kaki aku. aku tau skil golekan aku sangat tinggi sehinggakan kau hanya mampu mengejar aku dari belakang.

lepas bergasak lebih kurang, kita balik kelas gelak-gelak dan berpimpin tangan (sungguh gay).

kau ingat lagi kita terjun dalam lopak air lepas habis kelas agama rakyat di tapak greentown mall sekarang? dah berlumur lumpur, gelabah nak balik takut kena besit dengan emak pasal pakaian dah lencun. kita mandi air kolah yang sejuk tu sambil happy-happy sampaila kena ligan ustazah.

kita lari lintang-pukang panjat pokok kuinin. aku tokak buah tu dan seminggu bibir aku berkudis kena getah. kau cuma gelakkan aku.

kau ingat lagi kita pergi kedai beli ais krim dan tunggang langgang lari kena kejar anjing? melalak-lalak takut macam red indian kena buru laskar general custer. selipar tercabut ditinggal. dan dalam peluh-peluh cuak, kita gelakkan anjing bangang tu.

sapa nama kau bro, aku dah lupa.

ralat : aku mungkin tersilap lokasi gara-gara disoriented tentang letak duduk surau greentown yang lama dengan tapak greentown mall sekarang.

3.5.10

DUIT NI ASYIK NAK MENJALAR KELUAR JE

kecik-kecik dulu aku suka ikut abah dan mama ke warung depa.

aku akan order dan 1 brader akan masukkan syiling dalam jukebox. layan lagu pop bro.

balik rumah ada radiogram tapi sumpah, aku tak ingat menatang tu pernah menyanyi untuk aku. harta pusaka kot?

dan tadi dalam kereta, tahi sungguh!

audio player aku dah tak boleh main cd. main-main kau ya!

tak pa, hujung minggu aku beli lain.

AKU BUKAN GURU BAHASA INGGERIS

macamana nak hentikan orang yang minta nasihat dengan niat dapat percuma dan suruh kita check segala kerjanya termasuk penstrukturan ayat dan penggunaan perkataan-perkataan Inggeris?

dia guna personal email dan hantar ke personal email aku.

jawabannya :- jawap dengan menggunakan email kantor aku dan cc kepada majikan dia.

apa fasal aku tak terfikir benda ni dulu?

aku bukan kapitalis tapi aku juga bukan alat oportunis atau pemalas. aku bukan guru Bahasa Inggeris. itu tak termasuk dalam skop perkhidmatan aku.

empangan!

JUAL MURAH-MURAH PUN TAK APA

banyak kali beristighfar dan banyak kali juga terlepas perkataan istana.

datangnya musim panas bermakna ada sale. nak abiskan stok lama dan ganti dengan stok baru.

aku pun tak ingat bila last time fergie buat sale.

harapnya kali ni dia buat lelongan. mari mari ... ada jualan murah lah sheikh.

no. 16, no. 9 dan no. 8 untuk dijual?

siapa mahu ya maulana?

2.5.10

DOUBLE CIS!

ramai kawan aku yang dah mengupload video cap ayam konsert double trouble semalam di mukabuku. cis!

dalam keadaan mutakhir di anfield, aku rasa cukup kalau aku pi tengok konsert bunkface dan nyanyi korus lagu situasi kuat-kuat. cis!

1.5.10

WAHID UNTUK BULAN NI

kenapa orang dok sibuk speculate yang liverpool akan sengaja kalah dengan chelsea supaya man utd tak jadi champ? ataupun kerana liverpool menang dengan chelsea lah, man utd kan jadi champ?

sejak bila man utd perlu ehsan team lain untuk jadi champ?

champ mana boleh minta ehsan.

tapi kalau liverpool menang cun jugak.